PAGES

Sunday, April 15, 2012

Bingka Crackers & Silicon Mould


 
 
Bila ya buat bingka ni...
Dua tiga hari lepas kot, lupa dah
Kira2 versi tertangguh la ni
Cheq sue sebenarnya lebih kepada nak habiskan santan dan roti tongkat sebenarnya
Haaaaaaaaaaaaaaaa...
Roti tongkat?
Rasa2 orang Kelantan mesti tau kan camana bentuk roti tu
Roti tongkat tu eceli sejenis roti kering, tapi berbentu memanjang macam tongkat
Cicah dengan kopi O panas memang kalah la yang lain tu
Memang sedap sangat, tambah2 bila makan ramai2
Tapi dah sensorang ni jadi x nak pulak
Pikir2 baik buat bingka, boleh jgk bagi kawan2 makan
 


 
Rasa dia ok lah
Tapi kalau dibandingkan dengan crackers, yang guna roti tongkat ni lagi ringan
Udah memang roti tu pun ringan ye dak
Apapun satu lagi koleksi resepi untuk dicuba
Dan tentunya bingka ni memecah dara acuan SM cheq sue yang terbaru
Tak kisahlah orang lain guna sampai dah lunyai pun kan
Kita dok atas bukit ni baru je jumpa kedai yang jual
InsyaAllah nak tambah koleksi lagi
Memang syok bila guna
Senang aje nak keluarkan
Nak ke Jepun beli benda ni xde rezeki lagi, ke Ipoh aje lerrr...
 Jangan marah ye Nani...
Oklah, pada kawan2 yang ada lebih2 crackers tu boleh la cuba
Wassalam...

BINGKA CRACKERS (ROTI TONGKAT)
Resepi : KH267tm @ MyR
Sumber : Kak Yatie 
 
Bahan-bahan
140 gm biskut cracker (biskut lemak)
85 gm tepung gandum
210 gm gula - Yatie letak 1 cwn
3 biji telur
710 ml santan @ susu cair
1 sudu besar butter@marjerin@minyak sapi
1 sudu kecil pandan paste atau pewarna hijau
Secubit garam
Sedikit bijan utk tabur

Cara-Cara
Panaskan oven suhu 180 C. Lengserkan loyang dengan minyak.
Blend semua bahan kecuali bijan sehingga semua hancur.
Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
Yatie panaskan loyang yg di sapu minyak terlebih dulu dlm 3 minit, baru tuangkan adunan.
Bakar selama 1jam atau sehingga keperangan.
Sejukkan dan potong.

4 comments:

  1. salam cheq sue...morning, comel jer bingka roti tu, tp mmg susah nk cari kedai2 yg jual SM ni kan...Liza pun sdg mencari sebenarnya....hihihihi

    ReplyDelete
  2. Salam cheq sue..tima kasih sudi menyinggah blog akak...hehe...bingka cheq sue nampak sedap...lembap je..pos ke sini ckett :)

    ReplyDelete
  3. hakhak! lawak la cheqsue ni...org duk sabah lagi la tak jumpa mende silicon ni..sekali terjumpa rasa mcm jakun gile. hahah...ok...nani dah tersalah salin dua kali resepi ni. biskutnya tu dah lama beli.tapi sampai sekarang tak terbuat lagi...agaknya nak tunggu biskut tu lemau dulu kot...hihih

    ReplyDelete
  4. Jom buat koleksi mould silikon...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]