PAGES
(Move to ...)
HOME
ABOUT ME
Beautiful Malaysia
Jejak Kaki Korea
Jejak Kaki Vietnam
Jejak Kaki Indonesia
Jejak Kaki China
▼
Teresek Jantung Pisang
Ini adalah masakan kedua yang cheq sue bawak pada potluck semalam Kebetulan ada banyak jantung pisang, rezeki kawan2 boleh makan Nak buat teresek ni ada macam2 versi Yang cheq sue ni versi suka hati aje Cheq sue pernah tgk orang letak budu kat dalamnya Kerisik pun boleh masukkan Terpulanglah pada citarasa masing-masing Mmmmm, xleh nak cakap banyak ni, nak ke hospital nengok anak member Nanti balik kita jumpa eh.. Wassalam...
TERESEK JANTUNG PISANG Resepi : Cheq Sue Bahan-bahan : 2 biji jantung pisang * dihiris dan celur sekejap. Masukkan sedikit minyak masak semasa mencelur. Toskan air 2 ekor rangka ayam @ boleh guna bahagian isi - potong kecil Kacang panjang @ buncis - potong serong Cili merah @ cili kampung @ lada solok kelantan 4 biji - hiris serong
5 biji bawang merah 1 biji bawang putih 1 sk ketumbar - sangai Sehiris lengkuas & kunyit hidup 5 biji cili kering Serbuk kari * tumbuk lumat dan sebatikan
Santan dari 1 biji kelapa - sederhana pekat (kalau suka berkuah boleh lebihkan) Garam, gula, nissan, asam jawa Minyak masak Cara-cara : Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga wangi dan garing Masukkan rangka ayam yang telah dipotong kecil. Masak hingga ayam empuk Masukkan jantung pisang yang telah direbus, gaul hingga mesra dengan rempah dan ayam. Tambahkan juga sedikit nissan dan asam jawa Setelah berapa ketika, masukkan santan, kacang dan cili Perasakan dengan garam dan gula Masak hingga mendidih dan pecah minyak Bila nampak kuah dah pekat bolehlah diangkat
Nota : Selalunya bila dah sejuk teresek ni akan kurang kuahnya sebab diserap oleh jantung pisang.
kesukaan akk di sue, lama tak buat n tak mkn
ReplyDeletecheq sue,sedapnya teresek..teringat kak ros pada teresek kacang panjang dan kopeh aye hak che kak Ros buat....sedapnya..nak balik kampung tak tahu la bila.
ReplyDeleteSalam Cheq Sue.slmt berhujung minggu.teresek jantung pisang...sedapnya.dah lama tak masak ...kat Cairo tak da org jual jantung pisang.teresek ni teringat aruah nenek...dulu arwah suka masak teresek bila ada kenduri kat kg.
ReplyDeleteSalam Cheq Sue..waahh..feveret yana nii..dh lama xmkn..nnt kna cr jantung pisang lah..tibe plak rs nk mkn :-)
ReplyDeletesalam cheqsue..nmpk dari tigkap ada teresek jantung pisang..dan2 terpa mai..sedapnya...dah lama tak makan neh
ReplyDeletei love jantung pisang!
ReplyDeletetun x pernah dgr pun teresek nih. tgk cara masak pun, mcm jakun je. hihi..
ReplyDeleteakak tak pernah makan ,tapi nampak menarik boleh cuba ni
ReplyDeletesalam cheq sue..mokwo rindu akan masakan nih...serindu mokwo pd mama n papa n kampung halaman ku!
ReplyDeletesedapnya teresek, lama dah xbuat...
ReplyDeletesalam sue
ReplyDeletekerana terleiur tgok mcm sedap tak terkata.. kak ilah dah print resepi..tah bila nak masak..