PAGES

Friday, April 13, 2012

Blueberry Cheese Tart


 
 
Cerita tentang BCT pulak
Yang ni pun direquest oleh ibu mengandung dan ibu yang tak mengandung
Cheq sue buat ni sama2 dengan diorang kat rumah
Ala2 kelas memasak la jugak, belajar cane nak buat base, letak filling dan topping
Yang paling best bila sampai masa nak corakkan kat atas
Macam2 pesen
Sebenarnya ada lagi 2 3 corak hasil pemerhatian kat blog kengkawan
Tapi xdan nak ambil gambar sebab kamera xde
Bila dah bungkuskan untuk diorang bawak balik, tinggal yang ini ajelah
Kalau korang perhatikan, kat sini pun ada orkid, maklumlah photoshoot sekali dengan monkey bread
 
Selalu kalau buat cheese tart, cheq sue memang setia dengan resepi Haz_amon dari MyR ni
Kalau nak kelainan sikit, boleh tukar filling blueberry ke strawberry atau kiwi
 Kalau nengok ke gambar tu, kemain banyak letak filling
Nak makan sendiri la katakan
Kalau buat jual ni kompom rugi
Haishh...

Tq pada penyumbang resepi
Buat Siti, Shima dan Lini, semoga perkongsian ilmu yang kita buat tu akan menambahkan semangat untuk mencuba. Nanti boleh bagi tester...

Wassalam... 




 
BLUEBERRY CHEESE TART
Resepi : Haz _amon @ MyR

Bahan untuk Sweet Pastry:-
125 gm mentega / margerin
60 gm gula aising
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240 gm tepung gandum

Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
250 gm cream cheese
50 gm gula aising
20 gm mentega (lembutkan)
1/2 sudu besar perahan lemon
1 biji telur (gred B)
Blueberry pie filling

Cara-cara
Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.


11 comments:

  1. wahh..cantikknya cheese tart...
    terliur tau nengoknya...

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kalau duduk rileks petang ditemani blueberry cheese tart..adoiii..

    ReplyDelete
  3. Cantik..boleh ambil tempahan ni

    ReplyDelete
  4. comelnya..
    suka tengok.. nak rasa jugaklah..

    ReplyDelete
  5. comel n sedap.. makan kuar dari peti es tu mmg mabelesss kan

    ReplyDelete
  6. tun jugak x buat2 lagi cheesetart nih. pernah makan yg mama beli dr kawan dia, kulit lemau. tension je. huhu

    ReplyDelete
  7. anteknyerr... nak tikit boleyyy?

    ReplyDelete
  8. rajin nyer cheq sue..
    cantik cheese tart yg berintikan blueberry

    ReplyDelete
  9. cheq sue,
    ritu ada buat kulit pastry buat tart nie,alamak tak gitu cantik,makan gitu ajer...kansel nak buat bct..makan kat sini boleh!!1

    ReplyDelete
  10. boleh book mark resepi ni...senang pulak tengok..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]