PAGES

Tuesday, April 24, 2012

Kek Karamel Kali Kedua, Resepi II

 
 
Ini adalah n3 terakhir. Eh...saspen aje bunyinya kan. Bukan terakhir apa pun, yang ini je post last yang ada, dalam draf ke luar draf memang dah habis. Kebetulan pulak tuan tanah kedaung ada kursus nun jauh di Cameron Highlands selama seminggu. Bermula petang semalam (23 Mei 2012) sehingga Jumaat 27 Mei 2012. So x de la n3 masak memasak ye, cuti 4 5 hari dari bz2 kat dapur. Ada yang akan rindu ke nanti? Aishhhh....
 
Sebenarnya tak plan pun nak buat kek karamel ni. Kat kepala pk nak rasa kek karamel coklat, tapi tak tahulah yang ini pulak terhasilnya. Ini adalah resepi ke 2 kek karamel  yang diolah oleh Ana Qawinna. Satu masa dulu memang menjadi virus bahaya di kalangan para blogger. Rata riti dah mencubanya. Untuk resepi ni, lapisan pudingnya lebih lebal tapi yang cheq sue ni sebab dibuat dalam loyang agak besar, maka tak ketara sangat lapisan pudingnya tu. 

Teringat dulu 1st time buat kek karamel, memang berdebar sangat, baca resepi satu persatu sampai 2 3 kali khatam. Tapi ada jugak step yang silap. Pastu masa sejukkan tak buang air panasnya tu, dah penyek pulak keknya. Rupa-rupanya kali yang kedua buat ni pun tersilap langkah jugak. Cheq sue dah tersilap masukkan gula dalam adunan puding. Alamakkk.... So kat dalam adunan kek (C) cheq sue tak masukkan gula. Alhamdulillah nasib baik menjadi dan xde la kecewa kat mana-mana. Nanti lain kali la cuba kek karamel coklat tu.

TQ pada penyumbang resepi ni. Memang maveless sangat. Wassalam...


KEK KARAMEL (II)
Sumber : Puan Munira, Puan Shasha Rahmat & Puan Sha Hafizi

Bahan-bahan : Loyang 22cm/25cm

(A)-Gula Hangus
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)

(B) - Bahagian Atas
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)

(C) - Lapisan Kek
140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak msk
2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)
 
 D) Merinque
6 bj putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar

Cara-cara :

Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan. 

Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye.. 

 Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.

Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan.

Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)

Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..


masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.

Bakar cara double boiling (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)

Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit, 
Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
Sedap dimakan sejuk.

16 comments:

  1. rajinnya buat kek karemel...
    nampak pun cantikkkk...
    meh sepotong...

    ReplyDelete
  2. Betul tu Mas..rajin Cheq Sue buat kek karamel...entah bila la gue rajin nak buat..hehe..

    ReplyDelete
  3. nani dah lama tak buat kek ni...tapi nk try test kek coklat karamel dulu.

    ReplyDelete
  4. ahai...menggodanya kek karamel itu... nak rasa ckit....heeee

    ReplyDelete
  5. betul tu cheq sue, kek ni kena betul2 study br blh buat n menjadi...dah lama xbuat kek ni..

    ReplyDelete
  6. cantik gebu kek karamel tu... lama dah tak buat... nampak sedap pula

    ReplyDelete
  7. Sya kurang fhm.....Bakar cara double boiling (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)....

    ReplyDelete
  8. cantik akak belum ada keberanian nak buat

    ReplyDelete
  9. Salam Cheq Sue.sedapnya nengok kek puding karamel ni.teringin nak buat lagi tp asyik tertangguh....

    ReplyDelete
  10. wow.. chantik nye kek..tu lom lagi dapat rasa tu.. nak masak sendiri belum tentu menjadi hihi..

    ReplyDelete
  11. salam cheq sue,terliur akak tgk karamel topping atas tu...sedapnyaaaa...dah lama tak buat kek karamel..hujung minggu ni cuti panjang,rasa2nya nak buat jugaklah..:)

    ReplyDelete
  12. Salam Cheqsu..rajin nye..cikwan tak pernah cuba buat lagi..tak berani.. takut tak jadi..

    tapi tgk yang cheqsu buat tu elok je.. nanti cikwan nak cuba la.. =)

    ReplyDelete
  13. Aduhai lame x mengekek..sedapnye klo dpt sepotong...;-)

    ReplyDelete
  14. salam..lama tak buat kek nie,
    klu buat sah2 sy sorang yg rajin buka peti ais..

    ReplyDelete
  15. aslmkum cheq sue.. apa kbr.. bila tgok kek ni.. trasa pulak nk buat.. dasyat tul bila dpt BW ni..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum cheq sue...
    wah kek karamel mmg sedaap ... cantik kejadian kek karamel yg cheq sue buat tu...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]