PAGES

Monday, April 16, 2012

Laksa & Laksam ~ Kuah Lemak



 
 
Laksam & laksa ni saya buat sarapan pagi semalam
Sambil nak menghabiskan ikan yang dah berganti minggu
Tak banyak pun buatnya
Laksam tu guna tepung beras dalam 1 cawan je
Dapat la makan dua beradik
Laksa tu pulak cheq sue rebus yang segera
Tapi bukan laksa yang biasa kita makan tu
Kat peket dia tulis LAKSA KAMPUNG
Bila direbus saiz dia tak la besar dan rasanya lain sikit dari yang selalu
Kira2 memang sesuai la nak pekena dengan kuah lemak ni
Ye la, kalau guna yang peket biasa tu dia besar sikit kan, pastu licin pulak
 
 Tapi suka diingatkan, apa yang cheq sue kongsi disini adalah versi yang mudah2 aje
Pastu hasilnya pun tak banyak, ulam2 xde, sambal pun xde
Mana-mana yang ada ajelah
Yelah, nak makan pun kita sendiri, malas nak beriya-iya
Harapnya boleh la menjadi panduan pada yang mahu berjinak2 membuat laksam
Cheq sue ada tgk Nani dan Kak Amie buat laksam pagi semalam
Bolehlah tengok kat link tu ya
Wassalam...





LAKSA, LAKSAM & KUAH LEMAK
 Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
1 cawan tepung beras
1 1/2 cawan air
1 sb minyak masak
 
Cara-cara :
Bancuh air dengan tepung beras hingga sebati
Tapis dan masukkan minyak
Panaskan kukusan, dan mulalah mengukus laksam
Pastikan sapu sedikit minyak pada tutup periuk 
Setiap kepingan lebih kurang 4 5 minit aje, bila buka tutup tu nampak menggelembung dah masak la 
Siapkan sehingga habis
 
* Yang cheq sue buat ni dapat 8 keping laksam, guna tudung periuk kecik

KUAH LEMAK
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan : 
6 ekor ikan selayang rebus
2 biji bawang besar
1 sk lada hitam
2 cawan santan - sederhana pekat
1 keping asam gelugur (kecil)
Gula & garam secukupnya

Cara-cara :
Blendkan @ tumbuk halus semua bahan  kecuali santan @ asam gelugur
Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk dan campur dengan santan. Masukkan juga asam gelugur
Masak hingga mendidih, jangan lupa kacau selalu supaya santan tak pecah minyak
Perasakan dengan gula dan garam

6 comments:

  1. akhirnyaa...setelah 3 kali datang, baru la nampak laksam nyer...

    errrm...peberet CK ni..tiap2 minggu wajib beli kat pasar malam..kalo tak makan, rasa tak tenteram hidup..hehehe

    ReplyDelete
  2. salam kenaan cheq su..sedap nye laksam..suka sgt makan laksam nie sejak dok trgn..boleh la buat lepas nie ikut resepi cheq su bagi..tq..1 4low u

    ReplyDelete
  3. salam cheqsu..
    maklong ni tak pernah cuba buat kuah lemak ni.. tapi maira beria benar teringin nak makan laksa kuah lemak.. tup2 terbaca blog cheqsu yang ni.. alhamdulillah tinggal sediakan bahan jelah.. terima kasih cheqsu..

    ReplyDelete
  4. Salam Cheqsu.kalau laksam mmg laju kat rumah....anak2 mmg suka sgt.biasa kena buat lebih sbb anak2 suka ulang2 mkn laksam.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Cheq Sue,
    sedapnya laksa & laksam... kelmarin pun Kak Amie berhabis berlaksa sampai ke petang!

    ReplyDelete
  6. hahah! rajin cheqsue buat laksam. laksa yg cheqsue tunjuk tu nampak elok aje..nanti balik kg nak kene cari stok laksa ni. selalu jumpa yg besar2 licin tu.yg ni nmpk elok aje..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]