PAGES

Saturday, April 21, 2012

Sosej Roll & Sosej Blossom via BBD


 
 
Harini, rata2 kebanyakan blogger macam cheq sue ni kepeningan lalat dengan menu dan layout baru blogger. Agak kacau jugak menu baru ni, kelihatan sangat serabut la bagi cheq sue, tapi rasanya kalau dah lama sikit, bila dah pandai ok la kot. Kena belajar lagi la nampaknya ni...
 
Sesiapa yang belum pernah buat roti menggunakan resepi basic bread dough adalah seorang yang sangat rugi. Bukan ape, sebab roti ni sesangat la sedap, kalah yang kat kedai tu. Dengan menggunakan satu doh tu, dapat buat pelbagai pesen roti, pizza mahupun donat. Memang rugi siapa yang belum cuba. Tapi kalau buat ni kena pastikanlah ahli mesyuarat yang nak makan tu ramai, sebab doh ni agak banyak. 500g tepung, kalau cheq sue makan seorang gerenti berkulat dulu roti tu. Tapi kali ni cheq sue buat ala-ala sosej roll (dah dipotong kecil2 pun) dan sosej blossom. Selain 2 jenis tu, dapat juga 10 biji bun, tapi tak dan nak bergambar. Sebenarnya nak buat guna resepi che mat yang sosej blossom tu, tapi entah di mana letak resepi yang dah diprint tu...



 
Roti ni tak kiralah roti apa pun, memang sedap dimakan panas2 tu. Tapi dengan menggunakan doh ni, silalah percaya yang rotinya masih lembut gebu gaban walaupun dah sejuk. Kat sini cheq sue C&P lagi sekali resepinya ya.... Kalau nak tengok hasil yang dibuat dulu klik je sini

Wassalam...


BASIC BREAD DOUGH RECEPI
Resepi : Puan Roshayati Johari (no link)
Sumber: Mamafami

Bahan2:
Bahan A
500g tepung roti
100g gula
30g susu tepung 
1 sk garam
1 sk bread softener- optional
1 sk bread improver- optional 
4 sk yis

Bahan B
250ml air, 1 bj telur- pukul sedikit

Bahan C
80g margerine

Bahan D
Gula kasar utk tabur- x letak

Cara-cara :

1. Gaul sebati bahan A
2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
6. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180'C selama lbh kurang 30 minit.
7. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

atau


1. Masukkan semua bahan kecuali Bahan D dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).

2. bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
3. bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
4. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
5. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat. 
 

10 comments:

  1. Selamat petang Ila,
    Kak Amie adalah antara orang yang rugi tu .... he he heh sebenarnya tak pandai pun ( ayat orang malas ni), belum pernah lagi cuba gunakan resepi basic bread dough tu...terima kasih atas perkongsian itu ye.

    ReplyDelete
  2. setuju ngn cheq sue, mmg resepi ni paling best kan...Liza pun dah selalu jugak buat guna resepi ni...

    ReplyDelete
  3. akak pun mmg dah jatuh cinta dgn resepi ni sue..masih lembut walaupun sudah di simpan semalaman...lagi pun resepi dia mudah nak hafal...^_^

    ReplyDelete
  4. mmg resepi terbaik tun pernah cuba. skrg mmg x guna dh resepi lain.

    ReplyDelete
  5. uwaaa rajinnya cheq sue meroti..mcm2 ada kat sini....

    ReplyDelete
  6. suka..suka.. suka... ada lagi tak? mintaklah sepotong 2

    ReplyDelete
  7. salam Cheq sue...
    Tq sudi singgah ke dapur saya.Kat sini ada roti sosej blossom ruapnya.. semmangnya enak kan....

    ReplyDelete
  8. nani pun suke basic doh ni...memang lembut gitu. buat separuh adunan pun boleh makan sampai 3 hari. huhuh..selalunya nani simpan dalm peti peti la. pastu kalau nak makan, panaskan atas non stick pan je.

    ReplyDelete
  9. Slmt hujung minggu Cheq Sue.
    mmg femes resepi ni....ramai yg dah cuba tp akak belum pernah buat lagi. geram nengok roti Cheq Sue tu...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]