PAGES

Tuesday, April 10, 2012

Ubi Kentang Kicap Pedas


 
 
Aduh aduh aduh...
Dah malam baru boleh masuk n3
TQ pada yang sudi bertandang ke blog cheq sue ni ya
Biasalah hari Selasa ni memang jadual sangat pack xdan nak mengadap blog sangat
Tambah2 pulak kalau masak Isnin tu dah malam @ petang
Memang x sempat nak masuk gambar bagai
Macam tu jugaklah dengan ubi kentang kicap pedas ni
Cheq sue buat malam Isnin untuk bekal pagi tadi
Resepi yang terjumpa masa skodeng blog Che Mat
Sebenarnya menggunakan terung, tapi cheq sue tukar dengan kentang
Kalau guna terung tentunya lebih sedap
Tapi dengan kentang pun tak kurang jugak rasanya
Kuantiti bahan-bahan yang lain tu cheq sue kurangkanlah mengikut jumlah ubi kentang
Dalam 3 biji je yang kecik2
Memang sedap dimakan dengan nasi panas
Tapi sebab dah bekal ke sekolah, sejuk pun ok
Sedap aje...^_^
Kalau korang dah xde idea nak masak tu boleh la cuba resepi ni pulak ya
Gerenti puashati
TQ che mat
Wassalam...



 
 UBI KENTANG KICAP PEDAS
Resepi : Che Mat @ DTS



BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji terung biru, buang sedikit kulit, hiris serong dan rendam  ganti dengan kentang, potong memanjang dan rebus hingga empuk
1 genggam ikan bilis nasi, rendam 10 minit, tos dan perah sedikit
Hirisan daun bawang untuk hiasan

Cili merah, dibuang biji dan didadu kecil, untuk hiasan

1 camca besar sos tiram
3 camca besar kicap manis
Sedikit air
2-3 titik minyak bijan
cheq sue tambah sedikit kiub ayam

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
6 biji cili padi


CARA MEMBUATNYA :-)
Toskan terung tadi, lap kering dengan kitchen paper towel. Panaskan non-stick pan, tuang 1 camca besar minyak zaitun atau minyak masak biasa, ratakan kemudian masukkan terung, goreng hingga terung lembut dan keperangan pada kedua2 bahagian, guna api kecil. Angkat dan susun dalam bekas sesuai. Ikan bilis nasi digoreng hingga garing, angkat dan tos, ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur hingga garing, masukkan sos tiram dan kicap manis, kacau dan tuang sedikit air. Masak hingga pekat, gunakan api kecil. Akhir sekali masukkan minyak bijan, kacau rata dan matikan api.
Tuang no. 2 tadi atas terung, ratakan dan tabur ikan bilis goreng, hirisan daun bawang dan cili merah yang didadu halus tadi. Hidangkan segera bersama nasi putih atau bubur nasi.. cheq sue gaulkan aje kentang tu ke dalam bumbu yang ditumis

    4 comments:

    1. kalau mkn ngn nasi panas2 ni gerenti bertambah2 kan cheq sue...act liza dok intai cara guna n simpan whip krim tu...thnx yer cheq sue sbb share tips dr zack tu..nnt liza cnp kat blog liza boleh?utk rujukan nnt...

      ReplyDelete
    2. boleh bayang kesedapan terung tu bila dimasak mcm ni...nani pon takde terung, tapi ada kentang je. terfikir2 lagi nak masak apa dengan kentang tu.

      ReplyDelete
    3. wah,ni kalo mkn dgn nasi kmpung mesti sedap giler2 punyer..hehe
      Buat bekal mmg syok la mkn pedas2. :-)

      ReplyDelete
    4. rajin kak sue bawak bekal gi sekolah. tun zaman keje b4 samb studu dulu mmg xsempat nk masak pagi2, bekfes sekut n air milo je. huhu

      ReplyDelete

    [Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]