PAGES

Monday, May 21, 2012

Grill Beef Steak With Potato & Carrot Salad

 
 
Projek lunch semalam. Pergi ke TESCO beli 2 keping Australian Beef Shoulder dalam RM10 je, dapat makan 4 orang. Memang dah lama nak makan steak. Kebetulan pulak balik dari Ipoh tu tengok Q ada postkan n3 berkaitan ni. Memang kena sangatlah, terus je cheq sue buat malamnya.
 
Cuma dengan resepi ni cheq sue letak semua pelengkapnya walaupun cheq sue hanya buat simple potato &  baby carrot salad. Bila buat ni lebih kurang macam lamb chop tapi yang ni rasanya perapan sebelum grill tu yang sedap. Pastu dengan brown sauce dan cendawan tu melengkapkan gabungannya. Memang tak rugi mencuba.

Meh nak cerita sikit masa nak buat tu. Cheq sue perap semalaman dalam peti ais, pastu masa nak grill cheq sue masukkan sikit marjerin baru masukkan daging. Pastu masa grill tu tutup pan tu dengan tutup periuk. Jangan lupa pulak balik-balikkan dagingnya. Bila dah masak, ketepikan daging tu dan keluarkan lebihan airnya. Dalam pan yang sama, panaskan sedikit minya dan barulah tumis bahan untuk brown saucenya. Bila tepung dah masak masukkan semula air gorengan daging tu tadi. Gitulah adanyaaaaaaaaa... ^^

Oklah, selamat mencuba resepi simple ni. Memang maveless. TQ pada penyumbang resepi. Wassalam...

 
GRILL BEEF STEAK Resepi: wana@potret kasih
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
 
Bahan-bahan :
4 keping daging Steak

4 sudu besar sos tiram
1 sudu  besar sos cili atau sos tomato
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk halus)
2 ulas bawang putih ( boleh tambah  jika suka )

Cara

* Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam petisejuk.  Peraplah semalaman sebelum daging dibakar.
** Semasa bakar jangan lupa renjiskan dengan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat kerana daging steak tidak banyak lemak.

SOS PERANG @ BROWN SAUCE @ SOS LADA HITAM

bahan:

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya

1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.

** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.
Selamat mencuba!!!


RESEPI MASHED POTATO

Resepi: 
wana@potret kasih
by: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
 
Bahan-bahan :
6-8 biji Kentang (dikopek kulit, di potong dan di rebus hingga empuk)

1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair
sedikit daun bawang  (di potong2)
sedikit lada sulah dan garam

Cara membuatnnya

1. Satukan kentang rebus, butter, garam dan lada sulah kemudian lecek hingga hancur.

2. Masukkan susu cair. Kacau hingga rata. Kalau rasa- rasa terlalu pekat boleh ditambah sedikit lagi susu atau air masak.
3. Last sekali masukkan daun bawang yang telah dipotong-potang. Gaul rata dan bolehlah di hidangkan. 
 
 
Stylish Thankyou

4 comments:

  1. Cheq sue pagi-pagi ni lapar le..tak pe simpan untuk makan tengahari.

    ReplyDelete
  2. TErliur ni cheq su...dh meleleh dh nih..

    ReplyDelete
  3. a'aa ler cheq sue.. akak yg ngah demam nie pun terliur tgk tau... nampak sedap sgt tu..

    ReplyDelete
  4. amboiiii..tergolek2 je cendawan tu...sedapnya..suka..:)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]