PAGES

Sunday, May 20, 2012

Mini Cake via Muffin Coklat ~ Izah

 
 
Mini kek a.k.a muffin coklat ni cheq sue buat malam Jumaat lepas untuk makan2 di majlis baca Yaasin dan sembahyang hajat di rumah member. Resepi yang senang sangat-sangat, gebu dan lembut. Kalau nak buat time2 kecemasan tu memang xde masalah. Cheq sue  tuang je satu adunan tu ke dalam loyang dan bakar sebab xde masa nak buat satu-satu dalam muffin cup. Bila dah masak baru potong kecik2 saiz mini gittew..
 
Sebenarnya tak sempat nak ambil gambar, ini pun dapat yang tertinggal 2 3 ketul. Nak jugak tunjukkan kat sini, kot2 dapat kongsi idea ni. Tq pada Izah yang sudi berkongsi resepi... ^^

Wassalam...

 
MUFFIN COKLAT
Resepi : Izahdaut

Bahan-bahan :
1 cwn tepung
1/2 cwn serbuk koko
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 sk baking powder
1/2 sk serbuk nescafe
1 sb susu tepung
1/2 cwn gula
1/2 cwn minyak
1/2 cwn air panas
2 sb susu pekat
1/2 sk essence vanilla
2 biji telur
1 sb oren sunkist

Cara-cara :
Ayakkan semua bahan kering ke dalam mangkuk besar. Masukkan gula.
Gaulkan sebati. Ketepikan.
Campurkan semua bahan basah ke dalam bekas kecuali air panas.
Tuang bahan basah ke dalam bahan kering. Gaul sebentar.
Kemudian tuang air panas.
Bakar pada suhu 180 C slama 25 minit.


Stylish Thankyou

3 comments:

  1. Sedap kan muffin ni..yana slalu jgk bt klu nk blk umah mertua..adik ipar suka sgt..nk buat pun cepat..biasa yana bt dlm bekas lompang..senang nk ngap hihii :-)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]