PAGES

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru Cheq Sue



 
  
Seperti yang diketahui umum, hari ini merupakan HARI GURU yang disambut setiap 16 Mei di seluruh negara. Walaupun tanpa sambutan besar-besaran di sekolah kerana pertembungan dengan peperiksaan pertengahan tahun, tetapi majlis makan-makan @ potluck tak kurang meriahnya. Masing-masing dengan juadah yang dibawa, penuh 2 meja hingga tak tahu nak ambil yang mana.
 
Sebagai seorang guru, sambutan hari guru sangatlah bermakna kerana di kerjaya inilah cheq sue banyak menimba pengalaman kehidupan. Berurusan dengan insan-insan di pelbagai lapisan dan perangai, emosi memang memainkan peranan. Harapnya semoga selepas ini kejaya perguruan cheq sue akan makin meningkat maju. ^^ Bagi sesiapa yang ingin melihat tema-tema sambutan hari guru boleh lah klik sini...
 

Ini hasil tangan cheq sue. Dah lama teringin nak buat dan makan RVC, kena dengan special moment ni memang aduhhhhh lupa terus tang dietnya. :( ! Rupa2nya ramai yang menggemari kek ni. Kena pulak dengan tema merah pada pagi tadi... Wiwitt...


Dapat e-card dari Umi... TQ ya... *_*


Antara juadah yang dibuat. Ni side lauk pauk dan nasi...  Semak samun di meja guru tu harap di abaikan ya!


Ini pulak bahagian pencuci mulut. Perghhh, pandai masak rupenye korang ni ye, saja xmo tunjuk skill...  Tu tangan Cik Puan Zuraini yang tak samabr nak menjamu selera. Selalu makan awal, tetiba hari ni kena paksa makan waktu rehat sebab nak tunggu semua ada. Kesiannnnn sungguh sampai ada yang kelaparan.

Apapun, di tahun 2012 16 Mei akan pasti menjadi kenangan selamnyanya. Wassalam...

"SELAMAT HARI GURU"



Stylish Thankyou

6 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]