PAGES

Thursday, May 17, 2012

Strawberry Popyseed Cupcakes



 
 
Sedap! Itulah kata2 yang diucapkan bila makan cc ni. Dengan aising yang agak masam sebab ada campuran jem strawberi, memang kena sungguh. Kebetulan ada aising lebih masa buat kek spiderman tu, jadi cheq sue buat la cc ni, boleh salut dengan aising. Saja2 letak aje pun, xde deco2 bagai. Kat dalam cc tu pun cheq sue tambah sedikit paste s'berry. Resepi ni memang dah selalu cheq sue buat sebab ianya mudah dan sedap. Sukatannya pulak pakai cawan-cawan, tak perlu nak timbang2 bagai..



Bila dah ada dalam kelompok banyak2 gini macam lawa aje kan. Sesuai jugak untuk dibuat makan2 kala ada special moment. Eh eh eh...


 


Sekali tengok, memang rasa nak ngap punya! Macam memanggil-manggil aje suruh makan... Tak gitu? ^^


 


Bintik2 hitam tu adalah poppyseed yang cheq sue masukkan. Blue poppyseed sebenarnya. Dia sebenarnya xde la rasa apa, cuma bila makan tu cheq sue ada la rasa teksturnya lain sikit. Kalau kena orang makan tu agak messy...mesti dia kata ada semut dalam adunan. He he he... Pada korang yang xde idea nak buat juadah minum petang tu boleh la cuba cc ni. Wassalam...


 
STRAWBERRY POPPYSEED CUPCAKES
olahan resepi CUPCAKES VANILLA MUDAH
Resepi : Ibufarzana @ MyR

Bahan-bahan
1 cawan gula kastor
1/2 cawan mentega
2 biji telur
2 sudu teh esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum
1 3/4 sudu teh serbuk penaik
1/2 cawan susu (segar atau uht)
2 sudu besar serbuk koko (vochelle/houten/cap x)
cheq sue tambah 1 sk s'berry paste, 1 sk poppyseed
Cara-cara
Panaskan ketuhar pembakar api atas bawah suhu 200'C
Kita mulakan dengan memukul gula dan mentega sehingga kembang dengan cik whisk, mesin pun boleh.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati kemudian letakkan esen vanilla.
Tepung gandum dan serbuk penaik yang diayak terlebih dahulu dimasukkan pula ke dalam adunan tadi. Gaulkan sebati, kemudian masukkan susu, adunan agak likat.
Masukkan adunan ke dalam paper cups yang diletak di dalam acuan, saya guna piping beg bagi cepatkan proses meletak adunan, dan guna acuan tart untuk cepat siap membakar yang memakan masa 25 minit. Agak-agak dah cukup jumlah vanilla yang dihajati, masukkan pula serbuk koko bagi mendapatkan adunan coklat.

Stylish Thankyou

8 comments:

  1. poppy seed tu kas kas kan?? tun ada serbuk kas kas je. hihi.. tun gugel nk tgk cara guna, dia tulis poppy seed powder. tun pun jenis yg cerewet, kalau ada bijik2 dlm kuih ni, mula la slow je makannye. hihi

    ReplyDelete
  2. wrna mengancam btl la cheq sue...:)

    ReplyDelete
  3. meriah toppingnya...selamat hari guru..

    ReplyDelete
  4. selamat hari guru cheqsue cikgu. comel je tajuk blog. hehe.. cupcakes pun nmpk sedap sgt! nyum2..

    ReplyDelete
  5. kreatif je...plain vanila cc...letak stoberi paste n poppyseed mesti bertambah sedap ni kan.

    ReplyDelete
  6. Cheq Sue sedap nampak cc tu.Kak Ros Ucapkan Selamat Hari guru ya.Lambat sikit tak apa kan?? Dekat tadika pun banyak kerja dekat2 nak parent teacher day ni.

    ReplyDelete
  7. Salam.. wahhh merah menyala! memang menawan hati.. kecurr sesiapa aje yang melihatnya.. nak nak yang tengah menaip ni memang fanatik kaler merah! i like... nak semua boleh tak cikgu???

    Happy Teacher's Day..:))

    ReplyDelete
  8. comel sangat2! dah lama tak buat cup cake.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]