PAGES

Friday, June 22, 2012

Blended Apple - Banana Cake


 
 
Kek ni cheq sue buat petang 20 Jun...sebab macam gian aje nak bake something. Dah lama x kecah-kecah kat dapo la katakan... Bila pikir2 inilah kek yang paling senang dibuat dengan dapatan hasil yang sangat memuaskan. Buatnya kejap aje tetapi makannya... 2 thumbs up! Cheq sue pasti ke'glemer'an kek ni dah sampai ke serata ceruk dunia. Agak2 ada tak yang belum cuba buat kek sumbangan Kak Fida di MyR ni...Kalau melihat laporan masakannya sahaja dah menghampiri 200. Cheq sue pun sudah beberapa kali mengadun kek ni. Hasilnya pernah cheq sue postkan di sini

Cuma untuk kali ni cheq sue cuba buat dengan epal dan pisang, sekadar untuk mencuba. Kalau dengan epal, cheq sue pernah melihat blogger membuatnya tapi tak pasti pulak siapa. Kat rumah ni pulak kebetulan ada 3 biji pisang nangka yang dah berubah rupa (bawak masa naik cuti sekolah baru2 ni...) tapi sayang nak buang. So cheq sue gandingkan dengan epal. Sudahnya jadi macam kek pisang pulak sebab tak rasa langsung epalnya. Maklumlah pisang nangka antara pisang yang paling kuat aromanya. Mujur jugak xde rasa pahit ke pedar ke apa. Cheq sue tawakkal aje pun, sebelum ni mana pernah guna pisang nangka untuk baking. Nasib baik la menjadi. Fuhhhh...




Kat dalam adunan tu jugak cheq sue masukkan 1 sudu teh blue poppy seed untuk memberikan tekstur dalam kek tu. Bila makan time baru keluar oven memang sedap sangat dengan kerak garing di bahagian atasnya. Walaupun dah sejuk kek ni masih gebu dan moist gitu. 
 
Kalau siapa yang belum cuba rugi tau. Nanti boleh la buat kalau ada kelapangan ya. TQ again Kak Fida. Wassalam...
 


 
BLENDED APPLE - BANANA CAKE
Olahan : BLENDED ORANGE CAKE
Resepi : Kak Fida @ MyR

Bahan-bahan :
1 bji buah limau cheq sue guna 1 biji pisang nangka + 1 biji epal merah (sekali dengan kulit, buang empulur dan bijinya, potong dadu)
1 cawan minyak tak sampai secawan, cheq sue kurangkan sedikit, guna minyak jagung
2 cawan gula halus cheq sue guna 3/4 cawan aje
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama ) 
1 st poppy seed

Cara-cara
Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali. Yang step ni ditukar dengan buah epal seperti yang cheq sue ubahkan dalam bahan2 kat atas tu ya... :)
Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
Bakar pd suhu 170'C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak. Bakar ni dekat 1jam jugak sebab ada banyak kandungan cecair dalam adunanya


Stylish Thankyou

9 comments:

  1. Salam kak,
    waaaaa...banana cake ~ one of my peberet kak....nak sepotong ?..........hehe

    ReplyDelete
  2. lapar...lapar.....bak mai lah sepotong...

    ReplyDelete
  3. kecurrr..kecurr..betul2 moist & gebu la kek ni..

    ReplyDelete
  4. kite suke kalau yang jenis garing2 kat atas tu

    ReplyDelete
  5. as-salam
    npk lembut banana cake

    ReplyDelete
  6. Sedap bangat ni... cantik aje kejadiannya i like..:))

    ReplyDelete
  7. salam Cheq Su, creatifnye.. akk pun x trfikir nk ganti oren ngn apple..hehe. yg blended oren kak fida tu akk dh buat brpuluh kali, skrang bleh la akk plbagaikn blended cake tu, trimakaseh cikgu Su coz cetuskan idea ni..hehe..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]