PAGES

Friday, September 28, 2012

Black Pepper Conney Dog

 
 
Conney dog ni cheq sue buat untuk karnival RIMUP baru2 ni, yang ni lebihan sedikit inti yang dibawa balik. Memang selalu dah buat conney dog ni, dan memang guna resepi ni je. Cuma untuk kali ni cheq sue lebihkan serbuk cili dan black pepper. Masa jual tu cheq sue buat untuk 2 bungkus daging ayam cincang, jadi kuantiti bahan2nya tu cheq sue gandakan mengikut keperluan.  

Untuk sos di atasnya  pula cheq sue letakkan mayonis, sos cili dan keju jalapeno. Memang sedap la sangat, tambah-tambah dalam cuaca sejuk tu. Masa cheq sue jual tu dapatlah dalam 5 bungkus sosej. Rugi kalau kawan2 tak cuba resepi ni. Yang pastinya ramai dah cuba kan... TQ pada yang berkongsi resepi. Mintak halal ya...

InsyaAllah hari ni nak balik kampung, jadi tak dapat BW ya sebab tak bawa balik lappy, insyaAllah bertemu kembali Ahad nanti. Wassalam...

 
CONNEY DOG

Bahan-bahan ( 10 biji )
400 gm daging kisar
3 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 sdk serbuk lada (chilli powder)
3/4 sdk lada hitam - kisar halus
3/4 cawan sos tomato
1/4 cawan air
1 sdk garam
1 sdk gula
serbuk perasa secukup rasa
10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
10-12 biji sosej / frankfurter

Cara-cara
SOS: Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan masak sehingga agak-agak rempah masak.
Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
Masak sosej. (Terpulang ingin guna cara bagaimana spt guna microwave).
Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan tuangkan sos daging ke atasnya.

Stylish Thankyou

4 comments:

  1. Salam kenal,
    blogwalking & join this blog,emmm yum yum...sesekali sedap makan hotdog yang buat sendiri kan..
    http://my-mintroom.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Cheq sue..lapar kak ros jadinya.kak ros suka coney dog. sekali setahun pergi A&W makan coney dog,kak ros suruh dia taruh sos lebih.Buat sendiri lagi sedap kan??

    ReplyDelete
  3. adehh.. terliur betul tun nengok nyerr...

    ReplyDelete
  4. Sedapnya....ermm dapat tengok je...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]