PAGES

Thursday, September 27, 2012

SAIGON 2012 : 17.09.2012

 
 
Pada hari ke tiga ni tak banyak aktiviti yang dapat dibuat sebab masing2 rushing nak ke airport. Flight balik pada pukul 11 pagi dan tentunya perlu berada lebih awal di sana. Tengok ajelah gambar2 di bawah ni, daripada seorang 1 beg, dah beranak pinak sampai penuh kat lobi hotel. Camtulah orang pompuan kalau dah menyopping ye... dah habis dong guna RM pula..
 
Sebelum kami ke airport, terlebih dulu Cindy membawa kami ke tempat kraftangan jed dan kayu (yang memang tak mampu nak beli) serta ke tempat kopi dan kek mangga. Kat sini pun just cuci mata aje, rimas betul dengan penjual yang dok mengekor dan memaksa duduk..
 
 
Setibanya di lapangan terbang, settlekan barang-barang semua. Memang dasyat sungguh, memang terlebih muatan dan ada 3 beg perlu di bawa naik. Masa ni lah cheq sue belajar sesuatu...  Yang geramnya masa nak lepas emigresen tu siap suruh bukak lagi cheq sue punya belt (sebab berbunyi masa scan - tali pinggang berkepala besi). Tak sekolah betul... masa kat Malaysia tu just depa check aje...seb baik tak terlondeh seluar mak. Dah la kakitangan kat situ sombong amat...takde nak senyum ke bagai, kita ucap TQ pun boleh buat muka xde sen. Masa baru2 sampai dulu pun sama, dah la xde sign xleh ambik gambar kat airport, bila kita bergambar siap marah2 lagi...apa diorang ingat glemer tahap retis ke sampai kita nak ambil gambar dia. Tu lah... pengalaman di Vietnam... akan ku ingat sampai bila-bila. 
 
Jadi, begitulah sedikit sebanyak cerita yang dapat cheq sue kongsikan bersama pembaca semua. Rupa-rupanya memang seronok dapat melihat negara orang (setelag melupakan perkara yang tidak seronok itu). Memang rasa nak melancong lagi dan insyaAllah akan ada trip seterusnya selepas ini. Terima kasih pada yang mengikuti perjalanan SAIGON ini. Wassalam...
 
Untuk n3 pertama di sini dan kedua di sini
 
Stylish Thankyou

3 comments:

  1. Salam.. Rupa2nya akak ke Vietnam... Nur tak sabar nak baca sambungan seterusnya..Nanti akak karang dan kongsi dengan kami.. Memang cadang nak melancong juga ke sana.. Berangan2 je dulu.. :)

    ReplyDelete
  2. ~ bestnya cheq sue g melancong.. paling best semestinya shoping lah.. klu g tmpt org rasa nk beli semua kan ^_^

    ReplyDelete
  3. Aslmkum Cheq Sue.tengok gambar2 yg cheq Sue kongsikan sebelum ni...dah dptkan tentu ramai yg shopping sakan kan...sampai lebih muatan.
    ketat juga emigresen kat sana...nasib baik tak terlondehkan...hi..hi.akk pernah kena satu airport...kasutpun kena buka...jln kaki ayam..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]