SAIGON 2012 : 16.09.2012
Jom baca apa kisahnya pulak hari kedua di Saigon. Sejujurnya badan memang dah letih sangat. Dengan perubahan masa dan persekitaran yang sangat berbeza dari Malaysia, kena ambil masa jugak untuk sesuaikan diri. Tambah2 bagi cheq sue yang baru naik kapal terbang ni memang ada rasa hanyut2 gitu. Udah hari pertama dah ke sana sini ternyata memang penat sungguh. Tapi apalah maknanya penat bagi yang ada tahi lalat di kaki ni? Dah tujuannya pun nak bershopping, ketepikan dulu rasa penat tu.. *-*
Jadi pada pukul 10 pagi waktu Vietnam, kami mula keluar dari hotel dan dibawa ke Mai Collection. Dekat sini kebanyakan menjual baju kurung siap yang cantik2 belaka dengan sulaman manik di leher dan lengan baju. Cuma harganya agak mahal dan kami bershopping mata aja. Lebih menyeronokkan bershopping di Pasar Benh Thanh yang harganya jauh lebih murah dan mesra pelanggan. Di sini cheq sue beli beg belakang dan juga pinggan 3 beradik - memang tak tertahan you nengok pinggan2 yang cantik vouge gitu! Di bawah ni ada sedikit gambar untuk kenang kenangan, masa ni memang tak bergambar sangat sebab sibuk memilih itu dan ini. Lagipun cheq sue tak bawa kamera ke sana...menumpang kamera si baju oren tu aje.
Di kawasan ni sangat sesuai bagi sesiapa yang suka mengumpul barang2 macam patung dan barang perhiasan. Bagi penjual yang memakai baju biru, itu adalah kedai milik kerajaan yang tidak boleh ditawar harganya. Harganya tu memang dah murah, biasalah kita nak beli mesti nak harga yang paling rendah kan.
Seterusnya kami dibawa ke tempat kraftangan yang membuat lukisan daripada kulit telur itik. Kawan2 serombongan kata dah pernah keluar di tv tapi cheq sue tak pernah tengok. Memang kagum sangat dengan bakat dan kesungguhan dalam menghasilkan sesuatu lukisan atau corak. Tengok ajelah lukisan di dalam gambar di atas ni. Sangat sempurna dan bernyawa. Katanya untuk menyiapkan sesuatu lukisan mengambil masa purata 3 bulan ke atas. Kalau bagi cheq sue lah tah apa jadi tak tahu.. Heeeeeee
Selesai di sana, kami dibawa ke Chinatown yang ala2 pasar payang gitu, penuh dengan deretan kedai yang menjual kain pasang, sutera Vietnam dan kain cotton. Kat sini memang hingar sungguh, geramnya siap ditarik tangan kita, nak melihat saja memang tak selesa. Rasa nak pelangkung aje penjual kat sini. Untuk kain pasang dan sutera Vietnam tu dapatlah dalam RM 40 - RM 50. Kalau cotton lak dalam RM 20 ke RM 25 je. Memang rambang mata nak memilih... Dapat jugak 5 pasang kat sini... Masa kat Chinatown ni memang tak dapat nak duduk lama dek rimas dengan perlakuan penjual serta keadaan sekitar yang sesak serta panas. Ditambah pulak dengan perut yang sudah lapar.
Makan tengah hari kami di hari kedua ni adalah di Restoran Seri Pinang. Makanan di sini kebanyakannya sedap dan mirip dengan masakan Malaysia. Kalau nak dibandingkan dengan menu di Halal Saigon, di sana lebih sedap kerana mengenengahkan citarasa tempatan. Tapi sedap tak sedap belakang kira, yang penting isi perut dulu.
Selepas makan tengah hari, kami ke masjid (lupa namanya) untuk solat dan keadaan di sana sangat selesa dengan deretan telekung digantung sempurna. Baunya harum dan bersih, tak macam di surau negara kita yang penuh dengan lipstik serta bedak. Ada beberapa orang Melayu Champa yang berada di sana, sangat gembira setelah dihulurkan seringgit dua...
Sebelum balik ke hotel kami di bawa ke Saigon Mall yang menyediakan banyak barangan kulit serta baju dan juga ke Pasar Benh Thanh. Masa ni dah tak ada apa yang nak di beli. Badan pun dah lemau, bingit dengan hon dan motosikal yang penuh di mana-mana.
Balik dari berjalan dan bershopping hari tu, kami tak ada ke mana-mana, terlalu penat dan hujan pada petangnya sehingga ke malam membantutkan kaki untuk melangkah. Maka berakhirlah cerita di hari kedua. Untuk kisah hari pertama jangan lupa baca di sini... Wassalam.
jalan-jalan ye..bestnya dah sampai sana..banyak menyopping ke?ehee..
ReplyDeletewah cheqsu syok jalan2 sana sini banyak berjalan luas pandangan dan banyak pengalaman kan akak pun kaki jalan jugak hahaa
ReplyDeletecheq sue..beshnyer gi jalan2...mieza ni kan kali terakhir ke ober sea ialah masa belajar kat us dulu la..lps tu dah tak kemana2..teringin nak melancung..tunggu anak besar sikit la kan..syok tgk cheq sue sopping!
ReplyDeletesalam CheqSue...jauhnya bersoping ya.agak2 berat bag makin brtambah bila balik mesia dak?hikhik
ReplyDeletesalam cheq sue, mesti beg beranak pinak bila balik dari Saigon.
ReplyDeleteNmpk sedap masakan halal Saigon ni...dok tempat org telan ajelah..daripada kebulur kan??