SAIGON 2012 : 15.09.2012
Pada cuti hari Malaysia yang lalu, cheq sue dan rombongan cik kiah seramai 16 orang telah membuat 'shopping trip' ke Saigon @ Ho Chi Minh, Vietnam. Tak percaya juga sebenarnya, pasport yang berusia hampir setahun bercop juga. Rancangan yang telah di rangka sejak tahun lepas sesungguhnya telah memberi banyak pengalaman suka duka 3 hari di tempat orang. Tapi sebelum tu nak minta maaf la sebab n3 ni agak panjang, macam karangan gitu dan bergambar. Untuk kenangan masa depan... Maklumlah, pertama kali la katakan.....
Segala urusan ke sana cheq sue serahkan sepenuhnya kepada rakan serumah yang merupakan kali kedua dia ke sana. Cheq sue hanya bagi duit aje (ewahhhhh...macam tauke la kunon...) dan buat sedikit research. Memang excited sangat nak naik kapal terbang, tapi nak di jadikan cerita lupa pulak nak isi borang ke luar negara, agak risau jugaklah. Untuk trip selepas ini kena pastikan borang ni di isi.
Daripada rumah, kami bertolak seawal 6.30 pagi ke Tanah Rata sebelum menaiki bas ke LCCT. Penerbangan ke HCM pula sekitar pukul 2.55 petang. Memang dup dap dup dap dalam hati. Tengok pula hiruk pikuk di sana, dengan ramainya manusia masing-masing ada hal sendiri cukup menggerunkan. Kalaukan seorang diri cheq sue tak tahu nak hala langkah ke mana. Bila dah sampai masa, melangkah ke dalam kapal terbang, Tuhan saja yang tahu. Bila nak berlepas, memang rasa pening dan gayat. Nak memandang ke luar tingkap tak dapat sebab cuasa panas. Perjalanan mengambil masa kebih kurang 2 jam, memang rasa lama sangat. Waktu dah dekat nak mendarat, cuaca agak buruk, hujan turun agak lebat menyebabkan kapal terbang agak tidak stabil. Yang kelakarnya masa nak mendarat tu, tengok dari tingkap tiba-tiba ternampak sawah padi. Eh, confius jugak kenapa ada sawah padi dekat airport kan? Lepas tu ternampak pulak deretan anak panah... Laaaaa...... rupa-rupanya itu adalah kawasan lapangan terbang, bila dah hujan nampaklah padang tu basah, sebiji macam sawah tau.... Heeee
Sesampainya di sana, kami di sambut oleh pemandu pelancong iaitu Cindy dan terus di bawa ke BASIROH FASHION. Kat sini semua dah terpukau dengan perbagai pesen kain sembahyang serta baju kurung dan jubah siap jahit. Ada yang dah berhabis 2 juta dong kat sini. Cheq sue beli jugak sehelai jubah untuk mek. Masa ni dah dekat Maghrib. Untuk pengetahuan korang, masa di HCM lewat 1 jam dari waktu Malaysia. Masa Subuh - 4.33 pagi, Zohor - 11.53 pagi, Asar - 3.02 petang, Maghrib - 6.03 petang dan Isyak - 7.09 malam.
Untuk makan malam, kami di bawa ke HALAL SAIGON yang menyajikan makanan yang sangaaaaaaatttttt sedap. Di Vietnam, agak sukar jugak mendapatkan makanan halal. Walaupun di hotel tempat menginap ada di sediakan tapi perasaan was was tetap ada kerana makanan yang tidak halal juga diletakkan di kawasan yang sama. Jadi yang terbaik kami makan di tempat terpilih selain stok megi dan roti dari sini. :)
Selepas makan, barulah kami check in di HOTEL HONG THIEN LOC. Masa ni baru perasa tak bawa kompas, jadi agak susah nak menentukan arah kiblat. Next time memang kena ingat, perlu bawa kompas supaya ibadah tu terjaga. Peringatan untuk diri sendiri!!
Malam pertama ni kami tak diiringi oleh Cindy tetapi bergerak sendiri ke PASAR MALAM BENH THANH. Masa ni hujan renyai-renyai, masing2 dapatkan baju hujan dengan harga 10000 dong (dalam seringgit lebih). 16 tu dah jadi macam alien dah...kelakar betul. Di Vietnam, sangat dikenali dengan negara motosikal, di mana-mana saja penduduknya menggunakan motosikal, malah jika mahu membawa peti sejuk atau almari, motosikallah yang digunakan. Jadi semasa nak ke pasar malam tu, memang kena berhati-hati sungguh bila mahu melintas. Depa ni tahu hon aje, breknya idak.
Dekat pasar malam ni memang banyaklah barang yang boleh dibeli, yang penting kena bawa duit dan pandai dalam tawar menawar. Kalau tak ada duit dong pun tak apa, RM @ dolar pun diorang terima. Kat sini takyah risau, kebanyakan penjual dapat berbahasa Melayu secara ringkas. Dekat sini banyak jugaklah yang habis. Cheq sue sukup berkenan dengan mangkuk yang ada tempat letak chopstik tapi tak la beli...karang pecah ke, terlebih berat ke....mampu pandang ajelah.
Masa nak balik tu ada juga cerita kelakar. Sekumpulan rombongan kami dah selesai membeli belah, tinggal 3 orang aje (cheq sue dan 2 rakan). Mula-mula tu nak melintas, tapi terfikir nak beli air mineral sambil2 nak tunggu trafik motor kurang sikit. Tengah nak jalan tu tetibe ada pakcik pegang tangan kawan cheq sue dan terus memimpin kami ke jalan seberang. Kiranya malam tu kami melintas dengan bantuan lah. Bila sampai di kumpulan yang pertama tu masing-masing gelak, katanya dapat pakwe kat Vietnam. Haaaa...
Bila balik ke hotel tu memang terbongkang lah... Letih sungguh dalam keadaan tergesa-gesa begitu. Kan?
Untuk hari kedua tunggu n3 seterusnya ok.... Wassalam.
bestnyaa...bestnyaa... bila kita nak sampai sini...huwaa..
ReplyDeletewah! bestnya holiday shopping
ReplyDeleteSeronoknye jln2 tgk ngr org:-)
ReplyDeletemmg best giler soping di sini, semuanya sangat murah, akk tak pernah sampai lagi, cuma abe sore yg sampai, hurmm seronok tgk n baca cerita jenjalan ni
ReplyDeleteAslmkum CheqSue.wah bestnya jln2 sambil shopping. bagus peniaga sana boleh ckp B.M...taklah susah nak beli dan tawar harga brgkan..
ReplyDelete