Tuesday, September 4, 2012

Biskut Almond Beauty

 
 
Masih dengan n3 biskut raya lalu. Sebenarnya ada lagi saki baki untuk makan-makan. Jadi tak la bersalah sangat poskan bende yang dah tak ada. Untuk resepi yang baru dicuba, sayang kalau tak dikongsikan kesedapannya dengan kawan-kawan. Tahun ni rata2 biskut yang dibuat diambil dari blog Kak Wan, sama ada resepinya sendiri ataupun dari orang lain. Untuk biskut almond beauty ni, cheq sue sebenarnya tak plan nak buat pun. Masa tengok blog QH, terberkenan la pulak. Cantik je tengok hasil yang QH buat. Tambah-tambah bila semua bahan ada lagi. Jadi cheq sue buat satu adunan, banyak jugak dapatnya. 
 
Memang tak tipu, biskut ni sesangat la sedap. Yummmy sungguh. Gabungan coklat dengan badam memang gandingan serasi untuk apa-apa pun. Cheq sue guna coklat hitam yang belen almond london. Tak kisah la kan, janji coklat. 
 

Cuma iyalah, biskut ni pun macam ikut body tuannya jugak kot, kembang mambang jadinya biskut hasil tangan cheq sue ni. Ingatkan tak mengembang, rupa2nya kembang semangkuk eh. Takpelah lain kali cuba buat biar comel lote sikit. Boleh gitu? Kalau sape yang belum buat atau tak ada cadangan nak buat biskut apa tu boleh la cuba resepi ni. 

TQ pada Kak Wan yang mengutarakan resepi ni. Juga pada QH yang  berjaya menggoda cheq sue untuk mencuba. Wassalam...

 
BISKUT ALMOND BEAUTY
Resepi : Citarasawan

Bahan A
200gm mentega
50gm crisco/shortening cheq sue guna shortening
150gm gula kaster

Bahan B
40gm putih telur

Bahan C (diayak bersama)
270gm tepung gandum
70gm tepung self raising
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh emplek - tak masukkan
10 gm serbuk koko
Hiasan: Coklat masakan putih dan badam cincang (dipanggang)

Cara-cara :
1. Pukul bahan A sehingga ringan dan kembang
2. Masukkan putih telur dan pukul sehingga sebati
3. Masukkan bahan C dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut.  Rehatkan 2 jam atau lebih.
4. Masukkan doh ke dalam piping bag dan picitkannya dengan mucung aising no 4FT bergerigi dan tekan diatas dulang pembakar
5. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 150c selama 15-20 min. Angkat dan sejukkan.
6. Celup setengah biskut didalam coklat putih yang dicairkan dan celup dengan badam cincang. Biarkan coklat keras sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Stylish Thankyou

2 comments:

  1. Sedapnya biskut ni Sue... nak tapau makan dengan kawan2 boleh tak? he he hehh

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]