Thursday, September 27, 2012

Puding Karamel Lapis Coklat

 
 
Puding karamel terbaik setakat ni. Memang maveless sesangat. Sebelum tu sila abaikan rupanya yang tidak se'vogee da vass' tu. Ini kali kedua cheq sue buat. Resepinya taksoh cakap la dekat bertahun dok simpan. Pertama kali buat masa cuti raya Aidilfitri lalu, separuh adunan aje. Mak aihhhh mana tahu tak cukup ghupenye. Makan time sejuk-sejuk, berderet dok menunggu. Anak buah dok berulang tanya bila boleh makan. Menyesal buat setengah adunan aje.

So kali kedua cheq sue buat terus guna adunan penuh. Tapi agaknya ada silap haribulan kat mana-mana, puding yang terhasil agak lembik dan tidak melekat. Siap terpisah lagi selapis demi selapis, hancusss. Gambar ni sebelum dikerjakan, lepas tu memang tak nampak rupa.. Agaknya sebab cheq sue guna acuan besar sangat kot.. Kalau guna acuan kecik2 tu mesti lagi kiut. InsyaAllah lepas ni nak cuba buat lagi.
 
Untuk karamelnya (larutan gula) memang cheq sue letak lebih sebab masyuk sikit nak makan dengan manis air gula tu. Tapi yelah, bila dah berair tu payah jugak nak mengeluarkannya...kena hati-hati la. TQ pada yang berkongsi resepi ni di MyR, juga kepada Maklang Azie dan Kak Ummi... Kawan2 sila la cuba. Wassalam...

 
PUDING KARAMEL LAPIS COKLAT
Resepi : Maklang Azie & Kak Ummi
Sumber : rossitamz@MyR 
Bahan-bahan ( Loyang bulat 6" x 3" )
Bahan A :
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telur Gred A
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B :
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telur Gred A
4 sudu besar serbuk koko @1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat

Bahan C :
2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas (atau boleh guna 2 sudu besar madu)

Cara-cara
Kacau Bahan A dan Bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.
Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang.
Masukkan ¾ cawan adunan Bahan A ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit atau hingga masak.
Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan Bahan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang-seli hingga habis.
Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan.
Potong dan hidang.

Stylish Thankyou

6 comments:

  1. salam slmt pg sdpnya kak ..lama x mkn pencuci mulut ni...makan sejuk2 nyaman masuk tekak :-)

    ReplyDelete
  2. Salam, ronda2 dan join sini...sedap nya puding tu...
    http://my-mintroom.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Salam cheq sue,
    umi belum rajin lagi buat kek karamel ni...bila la semangat tu nak datang...hehe

    ReplyDelete
  4. sedap ni cheq sue akak pernah buat sekali ,sama dengan akak selalunya 1st time buat perfect 2nd time mesti ada slack kat mana2

    ReplyDelete
  5. Salam...

    izinkan saya copy resepi ini.. tak pernah jumpa lagi di mana2 resepi sebegini.. tentu sedapkannn..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]