Thursday, September 13, 2012

Checkered Cake... Akhirnya!

 
 
Baru berkesempatan mencuba acuan kek dam (bulat). Kek ni cheq sue buat untuk majlis open kuarters SEMEKAR Sabtu lepas. Memang fun sangat membuatnya walaupun ada comot di sana sini. Dulu dah pernah buat yang empat segi, ada yang patah-patah. Kali ni alhamdulillah elok aje kejadiannya walaupun potongan kedua kek tu tak sama rata.
 

Untuk kek ni cheq sue gunakan kek span coklat 1 adunan dan strawberry shortcake 2 adunan. Mula2 nak buat empat segi, tapi agaknya loyang agak besar, jadi 2 adunan shortcake tu dapat tak tebal sangat. So cheq sue belah 2 dan tekapkan ikut besar kek span coklat. Tu yang kalau lihat susunan kek tu tak sama rata.

Untuk fillingnya pula cheq sue gunakan whip cream dengan paste strawberry dan juga chocolate almond. Kebetulan ada coklat masakan yang dah cair, jadi cheq sue ejas sesikit, tambah susu segar, gula dan serbuk badam. Kemudian campur dengan whip cream, maka jadilah filling coklat ala-ala fudge gitew.


Untuk aising nya pulak cheq sue gunakan whip cream RICH - base. Sebenarnya tak pernah guna, tapi Cheq Da tinggalkan sekotak untuk cheq sue, so kenalah kita buat kan, kalau tak dah expired sayang lak membazir. Menguruskan whip cream base tu memang agak berbeza dari yang selalu cheq sue guna sebab campurannya perlu dimasukkan air @ cecair. Rasanya kalau untuk tempahan tak berbaloi guna yang ni sebab harganya lebih mahal. Memang dapat pengalaman bila guna sesuatu yang kita tak biasa. At least dah dapat cerita pada kawan-kawan. Tak gitu??

 
TQ pada semua yang menyumbang idea untuk kek ni. Lepas ni InsyaAllah ada improvement dan hasil seterusnya. Wassalam...
 
Stylish Thankyou

4 comments:

  1. Usaha membawa jaya Cheq Sue... tabik spring kat dia! Cantik!

    ReplyDelete
  2. Salam cheqSue...emmm sedapnya!Rajen membaking..walupon sibuk dgn tugas yg diamanahkn...

    ReplyDelete
  3. Assalam cheq sue.. Terbaekk.. Saya pon belum berkeyakinan tuk mencuba ni.. Syabas.. :-)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]