Kalaulah
engkau tahu dalam hatiku ini penuh dengan perasaan cemburu terhadapmu….
Aqeef
membatalkan ajakan Faizal yang mengajaknya ke court. Hari ini dia mahu berjumpa dengan Dayang Umairah. Semalam
mereka sudah berjanji ingin berjumpa namun dia tidak dapat menunaikan janji
kerana sewaktu balik ke UM, jalan dari PJ sesak teruk. Hampir 2 jam dia
terperangkap dalam jem. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah keadaan itu.
Tepat
pukul 5.30 petang dia mengambil Dayang Umairah di perkarangan courtyard fakulti. Nasib baik juga gadis
itu tiada kuliah atau tutorial petang ini. Kalau tidak dia terpaksa lagi
memendam perasaan marahnya.
“Hai
Qeef. Sorrylah Irah lambat sikit. Ada
presentation tadi. Dah lama tunggu?”
“Tak
adalah lama sangat.”
Pendek
sahaja jawapan yang diberikan Hairul Aqeef. Dayang Umairah memandang lelaki
itu. Ada sesuatu yang tidak kenakah? Dia hanya mendiamkan diri. Sudah faham
dengan perangai lelaki itu yang agak panas baran dan ego.
“Aqeef
ada nampak Irah dengan Abang Zack. Mesranya.”
Oh… inikah yang membuatkan Aqeef
muncung sepanjang hari?
“Irah
memang ada jumpa dia. Dia kenalkan Kak Su pada Irah, bakal isterinya.”
“Aqeef
nampak Irah berdua dengan dia. Irah jangan bohong.”
“Kenapa
pulak Irah nak bohong? Irah memang jumpa mereka berdua. Aqeef tak percaya?”
“Irah
boleh cakap macam-macam tapi Aqeef nampak dengan mata Aqeef sendiri.”
“Qeef,
kalaulah perkara macam ni Aqeef nak besar-besarkan, Irah tak tahu nak cakap
macam mana. Hubungan antara Irah dan Abang Zack tak lebih dari seorang abang
dan adik. Kenapa hal macam ni pun Aqeef susah nak faham? Aqeef ambil law, so
rasanya banyak teori-teori percakapan yang telah Aqeef tahu.”
“Perempuan
memang suka membebel.”
“Qeef,
kalau Qeef rasa keluar dengan Irah hanya sekadar untuk menuduh Irah yang
bukan-bukan, tak payahlah buang masa. Irah ada banyak kerja lain lagi yang
perlu di lakukan. Sekali lagi Irah tegaskan, hubungan kami hanyalah
berlandaskan hubungan kekeluargaan abang dan adik. Aqeef adalah teman lelaki
Irah. Kalau Aqeef masih ingat di permulaan hubungan kita dulu, kita hanya
mencuba, kalau tiada kesesuaian kita berhak untuk mendapatkan apa yang lebih
sesuai dan lebih baik. Jadi Irah serahkan kepada Aqeef untuk membuat
keputusan.”
Dayang
Umairah berkata geram. Dia lantas keluar dari kereta Hairul Aqeef dan terus
menahan teksi. Baginya Aqeef bersikap kebudak-budakan. Sebagai bakal peguam dia
seharusnya dapat berfikir secara rasional dan matang.
Memandang
Dayang Umairah yang telah masuk ke dalam teksi, Aqeef agak terpana. Tidak
sangka Umairah memperlakukan dia sedemikian. Nampaknya dia telah kalah.
Hajatnya nahu melihat Umairah merayu-rayu dia tetapi tanpa sedikit pun kerutan
di dahinya, perempuan itu telah berjaya membuatnya berfikir berulang kali.
Memang betul katanya, aku patut membuat
keputusan…
Janganlah dilakukan kesilapan yang sama,carilah
penyelesaian yang terbaik…
Adawiyah
terkejut melihat Hairul Aqeef membuka pintu selepas memberi salam. Selalunya
sebelum balik anak sulungnya itu akan menelefon terlebih dulu.
“Papa
belum balik ma?”
“Belum.
Papa sejak kebelakangan ni ada kelas tambahan di sekolah. Aqeef balik ni
kenapa? Tak telefon dulu pun.”
“Saja
Aqeef nak kejutkan mama dan papa.”
“Aqeef
kalau balik tak telefon dulu, mesti ada masalah. Mahu kongsi dengan mama?”
“Mama
ni pandai-pandai aje. Aqeef balik ni sebab rindukan sambal sotong mama. Boleh
masakkan untuk Aqeef?”
Adawiyah
mengusap-usap mesra rambut anaknya itu. Sekilas ikan di air sudah tahu jantan
betinanya.
Aqeef
merebahkan badan di katilnya. Fikirannya teringatkan Umairah. Senyuman, lirik
matanya dan merdu suaranya terbayang dan terdengar jelas di derianya.
Sebenarnya dia ingin meminta maaf namun kesibukan kadang-kadang menghalangnya.
Lagipun biarlah gadis itu sejuk dahulu. Dalam fikirannya teringatkan Umairah,
tanpa sedar dia terlena.
“Aqeef
ada sesuatu yang hendak dikongsikan dengan papa?” Tanya Amjad kepada anaknya
ketika mereka sedang bersantai berdua di halaman rumah selepas makan malam.
Aqeef
hanya memandang papanya. Dia tidak tahu bagaimana untuk memulakan cerita.
“Minum
papa, abang.” Adiknya Sufiah datang membawa dua cawan kopi.
“Papa
jangan terkejut dengar cerita Aqeef ni.” Sambil menundukkan mukanya, Aqeef
membuka kata.
“Apa
dia?”
“Sebenarnya,
Aqeef dan Umairah… kami sebenarnya lebih dari seorang kawan.”
Umairah?
Lebih dari seorang kawan?
Amjad
agak terkejut dengan cerita anaknya. Terbayang-bayang di matanya gadis yang
bertahi lalat di bawah mata kanan itu. Umairah, anak temannya yang pernah satu
masa dulu bertakhta di hatinya. Sekarang perasaan itu bertukar ke generasi
penyambungnya. Kuasa Tuhan!
“Apa
maksud Aqeef?” Dia mengawal nada suara dan memberikan tumpuan kepada apa yang
anaknya katakan. Dia sudah dapat mengagak apa sebenarnya.
“Aqeef
dan Umairah bercinta!”
Memang
sahlah seperti apa yang dia fikirkan. Bibirnya mengukir senyum manis.
“Umairah
anak uncle Zami? Hai, diam-diam aje
anak papa ni?”
“Tapi
sekarang kami bergaduh. Sebab tulah Aqeef balik nak tanya papa macam mana nak
buat.”
Sebelum
memberi balasan kepada kata-kata Aqeef, Amjad menepuk-nepuk belakang anaknya
itu.
“Aqeef,
sepatutnya tak payahlah bergantung pada papa lagi. Aqeef kan bakal peguam.
Gunakan kebijaksanaan dan psikologi untuk menundukkan lawan. Tapi satu papa
nasihatkan Aqeef. Kalau betul Aqeef suka dan sayangkan Umairah, pujuk dan minta
maaf pada dia. Kalau tidak Aqeef akan menyesal seumur hidup nanti. Papa kenal
sangat dengan Umairah tu.”
Dia
tidak ingin apa yang telah menimpanya dulu kembali mengenai anaknya. Kalau dulu
dia kehilangan ibu Umairah, biarlah kini anaknya yang menyambung tali kasih
itu. Dia telah membuat silap satu masa dulu, dia tidak mahu anaknya membuat
kesilapan yang sama juga. Kepedihan dan penderitaan telah banyak dirasanya
ekoran sikapnya itu.
Jangan sekali-kali warisi sikap
papa itu Aqeef!
Antara dua hati dua orang perempuan… ada yang terselindung
sebaliknya…
“Kak
Su nak jumpa Irah kenapa?”
Dayang
Umairah bertanya kepada Nik Sumayyah yang berada di hadapannya. Nik Sumayyah
segera menutup buku yang dibacanya dan memberi tumpuan kepada gadis di hadapannya.
“Kak
Su ada hal yang hendak dibincangkan dengan Irah. Sebenarnya Kak Su adalah kakak
angkat Aqeef. Dan dia ada menceritakan perihal Irah dan dia. Boleh Kak Su tahu
apa yang telah berlaku?”
“Oh,
macam tu. Irah tak tahu pun. Sepanjang kami berhubungan dia tak pernah bagitahu
Irah bahawa dia ada kakak angkat di sini.”
“Kak
Su tak mahu dia hebahkan perkara ini. Sebenarnya sudah lama, sejak Kak Su di
tahun dua lagi.”
“Bagusnya
Kak Su ambil berat pasal dia tapi Irah harap biarlah dia sendiri yang
menyelesaikan masalah ini. Dia yang ego. Takkan kita perempuan hendak melutut
di kakinya menagih perasaan cinta itu. Bagi Irah, kalau kita betul, tak perlu
takut untuk menunjukkan kebenarannya. Zaman sekarang ni Kak Su, perempuan pun
boleh hidup kalau tak ada lelaki.”
“Masalahnya
Aqeef tu tak boleh hidup tanpa Irah. Dia merayu-rayu Kak Su untuk memujuk
Irah.”
Aqeef tak boleh hidup tanpanya?
Berbunga
seketika perasaannya saat mendengar kata-kata itu.
“Kak
Su, sekali sekala biarlah dia tunjukkan yang dia betul-betul perlukan Irah
dalam hidupnya. Irah faham dia cemburu tapi takkan dia tidak faham hubungan
Irah dan Abang Zack tak lebih dari hubungan adik dan abang saja?”
“Masalahnya
Kak Su tak pernah memberitahu dia tentang hubungan Kak Su dan Abang Zack. Sebab
itulah dia menyangka yang bukan-bukan.”
“Ok.
Kalau macam tu, sekarang dia dah tahu. Kak Su biarkan saja dia mencari
penyelesaian. Kalau keadaan macam ni pun dia tak dapat handle, macam mana dia nak menjalani chamberingnya nanti?”
Nik
Sumayyah memandang Dayang Umairah yang tenang di hadapannya. Betullah seperti
apa yang dikatakan oleh Ahmad Zikrullah, gadis itu seorang yang tegas dan
nekad. Sesuai dengan sifatnya yang agak kasar. Kalau tidak masakan bidang
kejuruteraan yang menjadi pilihannya. Namun diakui bahawa di sebalik sifat
kasarnya itu tersembunyi sesuatu yang menarik. Barangkali itulah yang
membuatkan Hairul Aqeef tidak lena tidur malam memikirkan gadis bernama Dayang
Umairah ini.
“Kak
Su, Irah pergi dulu. Nanti ada tutorial.”
Dayang
Umairah bangun dan tangannya menyalami Nik Sumayyah. Satu kucupan di berikan di
telapak tangan perempuan yang sudah dianggapnya seperti kakak sendiri itu…
Dia
membawa langkahnya, tenang menuju ke fakulti. Walaupun dalam fikirannya
terselirat dengan banyak perkara namun dia masih gagahkan diri untuk menyapa
dan memberikan senyuman kepada teman-teman yang berselisih dengannya.
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]