Monday, October 1, 2012

Sizzling Yee Mee

 

Selamat datang Oktober... Apa khabar kawan-kawan semua? Semoga sihat2 aje selalu di samping keluarga.                       Apa juadah di petang hari ni? Mesti tengah menikmati teh o dengan kuih muih air tangan sendiri mahupun yang di beli di kedai. 

Pemanas dapur ABC Oktober ini dimulakan dengan hidangan Sizzling Yee Mee yang sangat sedap. Dah beberapa kali membuatnya dan akan terus membuatnya di masa hadapan. Resepi yang mudah dan simple tetapi rasanya tak kalah dengan yang di kedai. Kalau tak percaya sila lah cuba. Untuk resepi kali ni cheq sue buat sedikit ubah suai dengan menggantikan cendawan shitake dengan cendawan tiram segar dan menambahkan sebiji telur. Rasanya boleh tahan, cuma agak kurang dan lain sedikit baunya juga dibandingkan dengan pengunaan cendawan shitake. Untuk makluman korang semua, telur tu cheq sue masukkan bersama dengan mee dan tutup seketika supaya dia masak dengan haba.

TQ pada penyumbang resepi ni, memang tak mengecewakan. Wassalam...

 
SIZZLING YEE MEE

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )
2-3 sanggul (gulung) yee mee
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis

Cara-cara
Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
Masukkan 2 cawan air.
Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

Stylish Thankyou

10 comments:

  1. wahhh..suka3. boleh cuba. thanks cheq sue :)

    ReplyDelete
  2. wah sedapnya...fav 2..huhu tp kat kelantan xda lagi jumpa y menyedapkan tekak...lau nak masak sorang2 jew mkan xbest

    ReplyDelete
  3. Salam kenal...BW and singgah join lama dah...lama tak makan sizzling mee tapi selalu makan kat kedai jer..
    http://my-mintroom.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Aslmkum Cheq Sue.sedapnya....akk dr minggu lepas lagi teringin nak buat mee sizzling gini sbb dah lama sgt tak mkn tp asyik dok tangguh.....tumpang jamu mata dulu.....

    ReplyDelete
  5. mmemang sedap Sue..akak pun dah pernah buat resepi Lilydvalley..

    ReplyDelete
  6. Nak skinny jeans worth RM150, jom join contest
    http://bawalbiru.blogspot.com/2012/10/tag-like-contest.html

    ReplyDelete
  7. sedapnya cheq sue...hulur la kt sini sepinggan..

    ReplyDelete
  8. uuiikkssss....feveret food bila g Tesco....

    ReplyDelete
  9. memang nampak sungguh menyelerakan.. :b

    ReplyDelete
  10. sedapnyer cheq sue.. tringin gak nk terai, tp..kt sni susah nk cari mi sanggul la..huhu

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]