Wednesday, October 10, 2012

Carrot Kek Untuk Makan-Makan

 
 
Gara-gara terliur dengan carrot cake yang diorder orang, cheq sue buat sebiji lagi untuk makan-makan sempena dengan majlis bacaan Yaasin dan solat hajat yang di adakan di sekolah minggu lepas. Kali ni menggunakan resepi yang lain pula. Sedap, maveless dan masyuk dengan cream cheese aising. Phewwww memang kelassss resepi ni. Sungguh tak mengecewakan.
 
Sesekali bila rasa nak makan memang kena buat kalau tak asyik dok teringat aje. Untuk kek ni memang mudah sangat nak membuatnya, tak perlu mixer bagai hanya whisker atau senduk aje. Satu adunan tu dapat kek besar jugak, berat dalam 1.7 kg ++ jugak. Hiasannya pula simple aje, cheq sue potongkan terus segiempat kecil-kecil dan paipkan aising ke atasnya. Bunga-bunga fondant tu lebihan bunga yang dibuat untuk kek sebelum ni, saja la letak sebab sayang kalau tak guna. 
 
Di bahagian atasnya pula cheq sue taburkan dengan choc rice, saja nak bagi tekstur sikit di samping nak perabih stok. Untuk next time nak try dengan walnut pulak, nak tahu camana rasanya. Kata orang kalau carrot cake dengan walnut memang heaven gittew. TQ pada yang berkongsi resepi, minta halal ya. Wassalam...
 
 
CARROT CAKE
Resepi : Lilydvalley@MyR

Bahan-bahan (10 in)
3 cawan lobak merah -di parut
4 biji telur
1 1/4 cawan minyak sayur cheq sue kurangkan ke 1 cawan (tak penuh)
2 cawan gula 1 3/4 cawan
2 cawan tepung gandum
1 cawan golden raisin Ganti dengan almond flakes
1 cawan walnut- roast & crush
1 sudu teh garam halus
2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk kayu manis ( i tak guna, sebab tak suka)

Topping/Glazing
1 1/4 cawan gula icing
3 oz creamcheese ( maaf ya, nnti i convert into gm)
1 sudu makan corn syrup ( boleh diganti ngan golden syrup)
1 sudu teh vanilla extract

Cara-cara
Ayak tepung bersama garam, baking powder & soda.
Masukkan pula parutan lobak merah, walnut &raisin kedalam tepung. Gaul rata.
Didalam bekas lain, pukul telur,minyak & gula hingga sebati.
Masukkan campuran telur kedalam campuran tepung dan gaul rata.
Masukkan adunan kedalam loyang 10" yg telah di gris.
Bakar didalam oven yg telah dipanaskan selama 50-60 min pada suhu 175C atau sehingga masak.
Bila sudah masak, keluarkan dah sejukkan dan masukkan kedalam peti sejuk sehingga betul2 sejuk.
Setelah sejuk, boleh dihias dengan creamcheese glazing. 

Topping/Glaze- Pukul creamcheese bersama gula icing, syrup dan vanilla extract. 

Stylish Thankyou

2 comments:

  1. dah pernah cuba respi ni... ok la jugak sbb masa tu takde buat toping cream cis

    ReplyDelete
  2. akak suka karet kek yang tak yah letak topping...tak mo kacang..hihi banyak songeh kan!! menarik nampak kek cheq sue!

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]