Monday, October 22, 2012

Avocado Smoothie

 
 
 Fresh avocado smoothie, projek minggu lepas. Sekarang kat belakang rumah ada banyak buah avocado. Alkisahnya dah lama jugak pokok tu tumbuh tapi tak berbuah. Cheq sue berulang kali cakap kat member supaya tebang pokok tu, bukan hape, kalau dah pokoknya rendang tapi tak ada hasil takut-takut ada bende lain pulak yang berhasil kat situ. Alih-alih tahun ni ada bunga dan memang lebat sangat buahnya. Cheq sue pun tak sangka, sampai hampir mencecah tanah akibat berat dengan buah.

Akak housemate cheq sue tu memang hantu avocado. Jadi memang beraya la diorang penggemar-penggemar ni. Cheq sue tak berapa suka sangat, tak pernah makan pun tapi saja nak cuba camana. Daripada banyak-banyak buah tu cheq sue ambil 2 biji untuk dijadikan smoothie dengan menggunakan resepi dari Noorsha.

Daripada 1st pengalaman tu memang agak payah jugak nak rasa dengan avocado, cheq sue cuma habiskan 1 cup, tu pun kena makan masa sejuk. Bila dah ada coklat tu lagi meningkatkan rasanya. Untuk penggemar avocado resepi ni memang patut dicuba. TQ pada Noorsha yang berkongsi resepi ni. Wassalam.

 
RESIPI AVOCADO SMOOTHIE
Resipi : noorsha

 Bahan²
1 biji buah avocado
2 sudu makan susu pekat - lebihkan kalau suke manis
1 cawan ais
1 sudu makan lemon juice
Sedikit coklat masakan dicairkan @ choki²

Cara²
Blend semua bahan hingga hancur kecuali coklat masakan @ choki². tuang didalam gelas, paipkan coklat masakan @ choki² diatasnya. sedap dinikmati ketika cuaca panas. :)

Stylish Thankyou

7 comments:

  1. assalam cheqsue..acik pun tak makan avocado..mungkin acik tak pandai nak jadikan rasanya sedap

    ReplyDelete
  2. avocado biasanya buat salad kab..wah dah boleh jadikan smootie yer..lemak-lemak butter rasanya

    ReplyDelete
  3. mmg sedap avodaco smoothie ni. kat sini mala beli dah siap ja kat supermarket

    ReplyDelete
  4. wah terliur nmpk smoothie tu...sedapnya kala dpt rasa...

    ReplyDelete
  5. buah avocado pun xpenah rase lag..huhu

    ReplyDelete
  6. salam...

    nmpak mengancam je smoothie tu...tp avocado rasa camane ekh???

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]