Hari bahagiaku menjelma juga, syukur pada Tuhan kerana
menganugerahkanku nikmat ini akhirnya...
Amjad
menadah tangan mengaminkan doa yang di baca oleh bapa mertuanya. Baru sekejap
tadi dia telah sah menjadi suami kepada Adawiyah. Dengan dua kali lafaz,
segala-sagalanya bagaikan mimpi yang telah menjadi nyata. Semasa acara
membatalkan air sembahyang, satu kucupan di hadiahkan di dahi Adawiyah sebagai
tanda bermulanya satu kehidupan baru yang akan dikongsi bersama segala-galanya.
Adawiyah
tenang dalam debarnya. Isterinya itu cantik dalam balutan satin bersulam lace
berwarna hijau cair, sepadan dengan dirinya yang memakai baju Melayu hijau
cair. Saat itu tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaannya. Yang nyata dia
kini bahagia.
Namun
dia agak terkilan kerana Dayang Atikah dan Hazami tidak dapat datang pada hari
bahagianya kerana Dayang Atikah mengalami alahan yang teruk. Semenjak berbadan
dua, Hazami terlalu banyak berkorban hati dan perasaan kerana perubahan Dayang
Atikah tidak dapat dijangka. Tiba-tiba Amjad berfikir, adakah begitu juga
terjadi padanya andai Adawiyah mengandungkan anaknya nanti?
Kedatangan
teman-teman yang lain turut membahagiakannya. Chempaka dan Syameer serta anak
mereka Ahmad Zikrullah turut sama memeriahkan majlisnya. Yang paling ketara
bahagianya di hari itu adalah Pak Ngah Idris dan Mak Ngah Idahnya. Mereka
tersenyum sepanjang masa. Barangkali juga bila memikirkan sudah habisnya
tanggungjawab yang terpaksa dipikul kerana menjadi pengganti arwah ibu dan ayah
Amjad. Laila turut merasa girang di hari persandingan sepupunya itu. Walaupun
agak terkilan kerana apa yang diharapkan tidak menjadi, tetapi dia akhirnya
akur kepada ketentuan Tuhan Yang Maha Mengetahui di atas segala yang berlaku.
Mereka kini menerima kedatangan ahli baru dalam keluarga dengan hati yang
terbuka…
Kehadiranmu telah lama abah dan umi nantikan, menyerikan
hidup kita semua, selamanya…
Dayang Umairah, begitulah nama puteri sulung
hasil perkongsian hidup Hazami dan Dayang Atikah. Bunga cinta itu selamat
dilahirkan genap setahun usia perkahwinan mereka. Terukir senyuman panjang
lebar di bibir Hazami dan Dayang Atikah menerima ucapan tahniah dari kenalan
yang datang bertandang. Bayi comel itu ternyata memberi kebahagiaan kepada
semua orang.
Kedua-dua
nenek Dayang Umairah berebut untuk menjaga cucu itu. Bagi pihak mertuanya, itu
adalah cucu sulung. Oleh yang demikian, Dayang Atikah tidak perlu bersusah
payah. Dirinya ditatang bagai minyak yang penuh. Segala kelengkapan bayinya
disediakan oleh mertuanya. Kadang-kadang dia teringin juga hendak membelikan
gaun untuk anaknya namun ibu mertuanya lebih dulu berbuat demikian.
Pada
hari minggu begini, suasana rumahnya tidak pernah sunyi. Ibu, Kak Sari, Abang
Saif dan keluarganya datang datang bertandang melihat si kecil yang baru
belajar mengukir senyum. Anak itu tidak banyak masalah. Menangis hanya bila
lapar selebihnya tidur. Syukur pada Tuhan kerana Dayang Umairah tidak banyak
masalah. Agaknya mungkin itu juga pengaruh semasa kehamilannya. Memang dia
mengaku pada awal dulu dia mengalami alahan yang teruk dan asyik memendam rasa
pada suaminya namun dalam bulan ke lima hingga dia melahirkan, dia menjadi
begitu manja. Setiap masa mahu berdampingan dan ada di sisi. Dia bertuah kerana
ditemukan dengan lelaki itu. Nampaknya tidak salah pilihannya membuat
pengorbanan untuk menerima kehadiran bekas gurunya itu…
Bila
menyedari terlalu banyak yang terjadi dalam hidupnya, dia jadi pasrah. Ternyata
ketentuan Tuhan adalah tidak pernah silap. Setiap yang berlaku tersimpan hikmah
di sebaliknya. Dia dan Hazami. Bahagia. Chempaka dan Syameer. Juga bahagia.
Amjad dan Adawiyah. Juga bahagia. Dalam hatinya tidak sabar untuk menanti masa
bertemu kembali dengan teman-temannya itu.
Usah dikenang lagi peristiwa lalu, hadapilah hari ini
dengan kebahagiaan sejati…
“Assalamualaikum
Chem. Apa khabar?”
“Eh
Dayang. Waalaikumussalam. Aku baik. Bagaimana dengan Hazami dan Umairah?”
“Semuanya
baik. Umairah sudah pandai mengajah sekarang. Ahmad Zikrullah mana? Sunyi sepi aje keadaan di sana.”
“Ahmad
Zikrullah mengikut Syameer ke kedai. Kau tahulah, Ahmad Zikrullah sekarang
sudah pendai merajuk jika tak dibawa dia bersama.”
“Chem,
aku sebenarnya merancang untuk mengadakan re-union
antara kita nanti. Samaa ada aku ke Pulau Indah ataupun kau ke Batu Pahat. Apa
pendapat kau?”
“Bagus
juga cadangan kau tu. Tapi aku fakir untuk percutian keluarga, better kita pergi ke satu tempat yang
lebih sesuai sikit. Ke Pulau Tioman ke, Redang ke. Syameer ada kenalan di
sana.”
“Aku
setuju. Kau ajaklah Amjad dan Adawiyah sekali. Boleh kita berkenalan dengan
isterinya. Aku teringin memulihkan hubungan kami. Kalaupun bukan macam dulu
tapi sekurang-kurangnya sebagai sahabat yang kini telah bertukar status.”
Chempaka
dan Dayang Atikah masing-masing tergelak. Ada nada lucu bila Dayang Atikah
menyebut kata-kata sahabat yang kini
telah bertukar status. Agaknya mereka mula menyedari di mana silapnya
ketika bujang dulu. Benarlah kata orang tua-tua, apabila kita telah berada di
alam rumah tangga, maka dengan sendirinya kita akan bertukar menjadi matang.
“Lupa
aku hendak beritahu kau. Minggu lepas amjad sudah sempurna menjadi seorang
bapa. Adawiyah selamat melahirkan anak lelaki. Kalau tak silap aku namanya Hairul Aqeef. Nampaknya jarak kelahiran Umairah dan
Aqeef tidak jauh bezanya.”
“Alhamdulillah.
Nampaknya kita semua sudah masuk ke zaman yang lain. Bila dah bergelar ibu ni,
aku rasa hidup aku telah sempurna. Suami
yang penyayang dan anak sebagai penyeri, tak ada apa yang aku perlukan lagi.”
“Kalau
kau rasa begitu, samalah seperti aku. Bila kita bertemu nanti banyak yang akan
kita kongsikan bersama.”
“Nanti
jangan tak jadi pula program kita ni. Cubalah kau tanyakan dengan Syameer dan
Amjad. Aku akan cuba mengajak Hazami. Kalau ada apa-apa perkembangan, jangan
lupa menelefon aku di sini.”
“InsyaAllah.
Aku akan cuba bertanya. Aku rasa apa yang kita rancangkan ini akan menjadi
kenyataan.”
“Okeylah
Chem. Umairah menangislah. Aku berhenti di sini dulu ya. Jangan lupa kirimkan
salam pada semua di sana. Assalamualaikum!”
Cherating… tunggu kedatangan kami ke sana…
Kata
putus telah diambil. Masing-masing telah menyatakan persetujuan untuk bersama
bercuti ke Cherating, Pahang. Cuti sekolah pada
bulan Mac menyaksikan pertemuan tiga pasangan bahagia bersama dengan cahaya
mata masing-masing. Mereka bertiga bersepakat untuk berjumpa di Residence Inn. Hazami dan Dayang Atikah bertolak
lebih awal kerana mereka berada di kawasan yang agak jauh sedangkan Amjad dan
Syameer datang bersama.
Dalam
perjalanan, nasib baik juga Dayang Umairah tidak banyak meragam. Anak itu
tenang dalam pelukan uminya. Rasanya sudah terlalu lama dia menantikan detik
itu. Menanti untuk berjumpa teman-teman lama dan menghilangkan segala duka lara
di sekolah.
Hampir
enam jam memandu barulah mereka tiba di destinasi. Lambaian dedaun kelapa dan
deru angin laut menghilangkan segala keletihan sepanjang perjalanan. Dari lobi resort ini dapat dilihat
pemandangan cantik menghiasi tepian pantai yang memutih. Ombak menghempaskan
diri ke pantai dengan lembut dan menderu-deru sahaja bagaikan mengucap salam
selamat datang kepada pengunjung yang bertandang ke situ.
Setelah
mendaftar masuk, Dayang Atikah dan Hazami bergegas ke bilik mereka. Badan yang
melekit perlu segera di siramkan
dengan air. Lampin Dayang Umairah juga perlu ditukar.
Selesai
memanjakan diri dengan nyamannya air tempat baru, Hazami menerima panggilan
dari Amjad yang menyatakan mereka baru sahaja sampai di Residence Inn. Oleh
yang demikian mereka telah bersepakat untuk berjumpa di lobi malam nanti dan
makan bersama. Buat masa ini masing-masing mahu merehatkan badan terlebih
dahulu.
Pertemuan
pada kali ini bukanlah untuk menambah luka di hati, tetapi bagaikan satu
pertemuan baru yang berlangsung tanpa menyentuh kisah lama. Walaupun di antara
hati-hati mereka pernah terbetik satu perasaan, namun semua itu diketepikan
untuk membuka satu lembaran baru dalam sejarah hidup masing-masing…
Kita berjumpa bukanlah untuk mengulang kisah lama tapi
membina semula hubungan baru…
“Tak
sangka kita akan berjumpa di sini.”
Ujar
Hazami memulakan kata sebagai pembuka pertemuan mereka. Waktu itu masing-masing
sedang menunggu hidangan makan malam.
“Yang
paling tak sangka kita mengambil keputusan untuk berjumpa di sini.” Balas
Syameer.
“Bila
lagi hendak bercuti? Aku dah naik boring asyik-asyik melihat panorama di
Pelabuhan. Sesekali berubah angin ke sini bagus juga.”
Amjad
meningkah. Antara lelaki yang ada, dialah yang paling muda. Sebab itulah
kata-katanya sentiasa membuatkan orang lain tertawa. Bagaikan tidak percaya dia
sudah menjadi bapa.
Ahmad
Zikrullah yang sudah pandai bertatih tidak lekat di dukungan Chempaka. Asyik
bergerak ke sana ke mari sehingga kadang-kadang Syameer yang terpaksa
mengambilnya kembali ke meja. Dayang Atikah dan Hairul Aqeef hanya
kadang-kadang merengek di ribaan ibu masing-masing.
“Beginilah
kalau anak-anak dah mula pandai berjalan. Tak larat aku hendak mengutipnya
kembali. Lasak sungguh.”
Chempaka
sedikit mengeluh ketika meluahkan kata-kata itu.
“Sabarlah
Chem. Itu kan anugerah Tuhan yang telah di amanahkan kepada kita.”
Dayang
Atikah menyampuk. Dia pun sudah mempunyai pengalaman bergelar ibu dan sudah
menjadi lebih matang cara pemikirannya.
“Abang,
hulurkan botol susu Aqeef.”
Adawiyah
memandang Amjad. Aqeef di dukungannya gelisah. Anaknya kelihatan lapar dan
ingin menyusu. Amjad tidak menghulurkan botol susu tetapi terus mengambil
anaknya dari dukungan isterinya lantas
memberikan susu itu. Dia kelihatan biasa dengan kerja-kerja itu dan kelihatan
sungguh penyayang.
“Macam
ni la anak aku. Kuat menyusu sikit. Maklumlah ketika Adawiyah mengandung dulu,
dia tak pernah miss minum susu.”
Amjad
membuat lawak. Semua orang ketawa. Dia memang begitu. Penuh dengan humor-sense. Bertuah Adawiyah mendapat
lelaki itu.
“Kalau
tak ikut emak dan bapanya, siapa lagi. Kuah kalau tak tumpah ke pinggan, tumpah
ke mana lagi.”
Balas
Dayang Atikah pula. Dayang Umairah dalam pelukannya di usap-usap mesra.
Sedang
ibu-ibu dan bapa-bapa masing-masing bergelak ketawa bercerita, siapa yang
nampak antara Dayang Umairah dan Hairul Aqeef saling berpandangan?
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]