Showing posts with label Vietnam : HCM (Sept 2012). Show all posts
Showing posts with label Vietnam : HCM (Sept 2012). Show all posts

Thursday, September 27, 2012

SAIGON 2012 : 17.09.2012

 
 
Pada hari ke tiga ni tak banyak aktiviti yang dapat dibuat sebab masing2 rushing nak ke airport. Flight balik pada pukul 11 pagi dan tentunya perlu berada lebih awal di sana. Tengok ajelah gambar2 di bawah ni, daripada seorang 1 beg, dah beranak pinak sampai penuh kat lobi hotel. Camtulah orang pompuan kalau dah menyopping ye... dah habis dong guna RM pula..
 
Sebelum kami ke airport, terlebih dulu Cindy membawa kami ke tempat kraftangan jed dan kayu (yang memang tak mampu nak beli) serta ke tempat kopi dan kek mangga. Kat sini pun just cuci mata aje, rimas betul dengan penjual yang dok mengekor dan memaksa duduk..
 
 
Setibanya di lapangan terbang, settlekan barang-barang semua. Memang dasyat sungguh, memang terlebih muatan dan ada 3 beg perlu di bawa naik. Masa ni lah cheq sue belajar sesuatu...  Yang geramnya masa nak lepas emigresen tu siap suruh bukak lagi cheq sue punya belt (sebab berbunyi masa scan - tali pinggang berkepala besi). Tak sekolah betul... masa kat Malaysia tu just depa check aje...seb baik tak terlondeh seluar mak. Dah la kakitangan kat situ sombong amat...takde nak senyum ke bagai, kita ucap TQ pun boleh buat muka xde sen. Masa baru2 sampai dulu pun sama, dah la xde sign xleh ambik gambar kat airport, bila kita bergambar siap marah2 lagi...apa diorang ingat glemer tahap retis ke sampai kita nak ambil gambar dia. Tu lah... pengalaman di Vietnam... akan ku ingat sampai bila-bila. 
 
Jadi, begitulah sedikit sebanyak cerita yang dapat cheq sue kongsikan bersama pembaca semua. Rupa-rupanya memang seronok dapat melihat negara orang (setelag melupakan perkara yang tidak seronok itu). Memang rasa nak melancong lagi dan insyaAllah akan ada trip seterusnya selepas ini. Terima kasih pada yang mengikuti perjalanan SAIGON ini. Wassalam...
 
Untuk n3 pertama di sini dan kedua di sini
 
Stylish Thankyou

Tuesday, September 25, 2012

SAIGON 2012 : 16.09.2012

 
Jom baca apa kisahnya pulak  hari kedua di Saigon. Sejujurnya badan memang dah letih sangat. Dengan perubahan masa dan persekitaran yang sangat berbeza dari Malaysia, kena ambil masa jugak untuk sesuaikan diri. Tambah2 bagi cheq sue yang baru naik kapal terbang ni memang ada rasa hanyut2 gitu. Udah hari pertama dah ke sana sini ternyata memang penat sungguh. Tapi apalah maknanya penat bagi yang ada tahi lalat di kaki ni? Dah tujuannya pun nak bershopping, ketepikan dulu rasa penat tu.. *-*
Jadi pada pukul 10 pagi waktu Vietnam, kami mula keluar dari hotel dan dibawa ke Mai Collection. Dekat sini kebanyakan menjual baju kurung siap yang cantik2 belaka dengan sulaman manik di leher dan lengan baju. Cuma harganya agak mahal dan kami bershopping mata aja. Lebih menyeronokkan bershopping di Pasar Benh Thanh yang harganya jauh lebih murah dan mesra pelanggan. Di sini cheq sue beli beg belakang dan juga pinggan 3 beradik - memang tak tertahan you nengok pinggan2 yang cantik vouge gitu! Di bawah ni ada sedikit gambar untuk kenang kenangan, masa ni memang tak bergambar sangat sebab sibuk memilih itu dan ini. Lagipun cheq sue tak bawa kamera ke  sana...menumpang kamera si baju oren tu aje.
 
 
Di kawasan ni sangat sesuai bagi sesiapa yang suka mengumpul barang2 macam patung dan barang perhiasan. Bagi penjual yang memakai baju biru, itu adalah kedai milik kerajaan yang tidak boleh ditawar harganya. Harganya tu memang dah murah, biasalah kita nak beli mesti nak harga yang paling rendah kan.
 
 
Seterusnya kami dibawa ke tempat kraftangan yang membuat lukisan daripada kulit telur itik. Kawan2 serombongan kata dah pernah keluar di tv tapi cheq sue tak pernah tengok. Memang kagum sangat dengan bakat dan kesungguhan dalam menghasilkan sesuatu lukisan atau corak. Tengok ajelah lukisan di dalam gambar di atas ni. Sangat sempurna dan bernyawa. Katanya untuk menyiapkan sesuatu lukisan mengambil masa purata 3 bulan ke atas. Kalau bagi cheq sue lah tah apa jadi tak tahu.. Heeeeeee
Selesai di sana, kami dibawa ke Chinatown yang ala2 pasar payang gitu, penuh dengan deretan kedai yang menjual kain pasang, sutera Vietnam dan kain cotton. Kat sini memang hingar sungguh, geramnya siap ditarik tangan kita, nak melihat saja memang tak selesa. Rasa nak pelangkung aje penjual kat sini. Untuk kain pasang dan sutera Vietnam tu dapatlah dalam RM 40 - RM 50. Kalau cotton lak dalam RM 20 ke RM 25 je. Memang rambang mata nak memilih... Dapat jugak 5 pasang kat sini... Masa kat Chinatown ni memang tak dapat nak duduk lama dek rimas dengan perlakuan penjual serta keadaan sekitar yang sesak serta panas. Ditambah pulak dengan perut yang sudah lapar. 
Makan tengah hari kami di hari kedua ni adalah di Restoran Seri Pinang. Makanan di sini kebanyakannya sedap dan mirip dengan masakan Malaysia. Kalau nak dibandingkan dengan menu di Halal Saigon, di sana lebih sedap kerana mengenengahkan citarasa tempatan. Tapi sedap tak sedap belakang kira, yang penting isi perut dulu.
 
 
Selepas makan tengah hari, kami ke masjid (lupa namanya) untuk solat dan keadaan di sana sangat selesa dengan deretan telekung digantung sempurna. Baunya harum dan bersih, tak macam di surau negara kita yang penuh dengan lipstik serta bedak. Ada beberapa orang Melayu Champa yang berada di sana, sangat gembira setelah dihulurkan seringgit dua...
Sebelum balik ke hotel kami di bawa ke Saigon Mall yang menyediakan banyak barangan kulit serta baju dan juga ke Pasar Benh Thanh. Masa ni dah tak ada apa yang nak di beli. Badan pun dah lemau, bingit dengan hon dan motosikal yang penuh di mana-mana.
Balik dari berjalan dan bershopping hari tu, kami tak ada ke mana-mana, terlalu penat dan hujan pada petangnya sehingga ke malam membantutkan kaki untuk melangkah. Maka berakhirlah cerita di hari kedua. Untuk kisah hari pertama jangan lupa baca di sini... Wassalam.

Stylish Thankyou

Monday, September 24, 2012

SAIGON 2012 : 15.09.2012


 
Pada cuti hari Malaysia yang lalu, cheq sue dan rombongan cik kiah seramai 16 orang telah membuat 'shopping trip' ke Saigon @ Ho Chi Minh, Vietnam. Tak percaya juga sebenarnya, pasport yang berusia hampir setahun bercop juga. Rancangan yang telah di rangka sejak tahun lepas sesungguhnya telah memberi banyak pengalaman suka duka 3 hari di tempat orang. Tapi sebelum tu nak minta maaf la sebab n3 ni agak panjang, macam karangan gitu dan bergambar. Untuk kenangan masa depan... Maklumlah, pertama kali la katakan.....
 
 
Segala urusan ke sana cheq sue serahkan sepenuhnya kepada rakan serumah yang merupakan kali kedua dia ke sana. Cheq sue hanya bagi duit aje (ewahhhhh...macam tauke la kunon...) dan buat sedikit research. Memang excited sangat nak naik kapal terbang, tapi nak di jadikan cerita lupa pulak nak isi borang ke luar negara, agak risau jugaklah. Untuk trip selepas ini kena pastikan borang ni di isi.
 
Daripada rumah, kami bertolak seawal 6.30 pagi ke Tanah Rata sebelum menaiki bas ke LCCT. Penerbangan ke HCM pula sekitar pukul 2.55 petang. Memang dup dap dup dap dalam hati. Tengok pula hiruk pikuk di sana, dengan ramainya manusia masing-masing ada hal sendiri cukup menggerunkan. Kalaukan seorang diri cheq sue tak tahu nak hala langkah ke mana. Bila dah sampai masa, melangkah ke dalam kapal terbang, Tuhan saja yang tahu. Bila nak berlepas, memang rasa pening dan gayat. Nak memandang ke luar tingkap tak dapat sebab cuasa panas. Perjalanan mengambil masa kebih kurang 2 jam, memang rasa lama sangat. Waktu dah dekat nak mendarat, cuaca agak buruk, hujan turun agak lebat menyebabkan kapal terbang agak tidak stabil. Yang kelakarnya masa nak mendarat tu, tengok dari tingkap tiba-tiba ternampak sawah padi. Eh, confius jugak kenapa ada sawah padi dekat airport kan? Lepas tu ternampak pulak deretan anak panah... Laaaaa...... rupa-rupanya itu adalah kawasan lapangan terbang, bila dah hujan nampaklah padang tu basah, sebiji macam sawah tau.... Heeee
 
 
Sesampainya di sana, kami di sambut oleh pemandu pelancong iaitu Cindy dan terus di bawa ke BASIROH FASHION. Kat sini semua dah terpukau dengan perbagai pesen kain sembahyang serta baju kurung dan jubah siap jahit. Ada yang dah berhabis 2 juta dong kat sini. Cheq sue beli jugak sehelai jubah untuk mek. Masa ni dah dekat Maghrib. Untuk pengetahuan korang, masa di HCM lewat 1 jam dari waktu Malaysia.  Masa Subuh - 4.33 pagi, Zohor - 11.53 pagi, Asar - 3.02 petang, Maghrib - 6.03 petang dan Isyak - 7.09 malam.
 
 
Untuk makan malam, kami di bawa ke HALAL SAIGON yang menyajikan makanan yang sangaaaaaaatttttt sedap. Di Vietnam, agak sukar jugak mendapatkan makanan halal. Walaupun di hotel tempat menginap ada di sediakan tapi perasaan was was tetap ada kerana makanan yang tidak halal juga diletakkan di kawasan  yang sama. Jadi yang terbaik kami makan di tempat terpilih selain stok megi dan roti dari sini. :)
 
 
Selepas makan, barulah kami check in di HOTEL HONG THIEN LOC. Masa ni baru perasa tak bawa kompas, jadi agak susah nak menentukan arah kiblat. Next time memang kena ingat, perlu bawa kompas supaya ibadah tu terjaga. Peringatan untuk diri sendiri!!
 
Malam pertama ni kami tak diiringi oleh Cindy tetapi bergerak sendiri ke PASAR MALAM BENH THANH. Masa ni hujan renyai-renyai, masing2 dapatkan baju hujan dengan harga 10000 dong (dalam seringgit lebih). 16 tu dah jadi macam alien dah...kelakar betul. Di Vietnam, sangat dikenali dengan negara motosikal, di mana-mana saja penduduknya menggunakan motosikal, malah jika mahu membawa peti sejuk atau almari, motosikallah yang digunakan. Jadi semasa nak ke pasar malam tu, memang kena berhati-hati sungguh bila mahu melintas. Depa ni tahu hon aje, breknya idak. 
 
Dekat pasar malam ni memang banyaklah barang yang boleh dibeli, yang penting kena bawa duit dan pandai dalam tawar menawar. Kalau tak ada duit dong pun tak apa, RM @ dolar pun diorang terima. Kat sini takyah risau, kebanyakan penjual dapat berbahasa Melayu secara ringkas. Dekat sini banyak jugaklah yang habis. Cheq sue sukup berkenan dengan mangkuk yang ada tempat letak chopstik tapi tak la beli...karang pecah ke, terlebih berat ke....mampu pandang ajelah.
 
Masa nak balik tu ada juga cerita kelakar. Sekumpulan rombongan kami dah selesai membeli belah, tinggal 3 orang aje (cheq sue dan 2 rakan). Mula-mula tu nak melintas, tapi terfikir nak beli air mineral sambil2 nak tunggu trafik motor kurang sikit. Tengah nak jalan tu tetibe ada pakcik pegang tangan kawan cheq sue dan terus memimpin kami ke jalan seberang. Kiranya malam tu kami melintas dengan bantuan lah. Bila sampai di kumpulan yang pertama tu masing-masing gelak, katanya dapat pakwe kat Vietnam. Haaaa...
Bila balik ke hotel tu memang terbongkang lah... Letih sungguh dalam keadaan tergesa-gesa begitu. Kan?
 
Untuk hari kedua tunggu n3 seterusnya ok.... Wassalam.
 
Stylish Thankyou

Tuesday, September 18, 2012

Kembali Ke Malaysia ~ Pening-Pening Lalat

 
Salam sayang semua... Tiga hari tak berblog, rindu sesangat. Apa khabar korang semua? Apa resepi hot @ citer hangat  kat dunia maya kita ni? Banyak betul yang cheq sue dah miss kan... Nantilah kalau ada masa cheq sue shodeng satu-satu...
 

Kalau inilah yang dikatakan mabuk kapal terbang @ jet lag, itulah yang sedang cheq sue rasakan sekarang. Terasa macam di atas bot, dengan pukulan ombak  di segenap arah. Hari ni betul2 memeningkan dengan segala perkara dibuat serba tak kena. Nak menulis, menaip, berdiri, duduk serba salah rasanya. Maklumlah, pertama kali naik kapal terbang. Cheq sue ke mana? Adalah ke satu negara di luar Malaysia cuti hujung minggu lepas.. Nantilah cheq sue kongsikan segala pengalaman dengan kawan-kawan.
 
 
Terima kasih pada yang sudi bertandang ke blog cheq sue ni. InsyaAllah kita akan bertemu lagi... :) Wassalam
 
Stylish Thankyou