PAGES

Tuesday, September 11, 2012

Cake In Jar ~ Ala Tiramisu

 
  
Orang lain dah lama buat, cheq sue baru nak buat. Sebenarnya memang teringin nak buat kek in jar ni tetapi xde kek yang sesuai ataupun semata-mata nak buat kek untuk jar agak ralat rasanya. Kebetulan minggu lepas ada lebihan kek untuk tempahan ni, jadi cheq sue pun godeklah cheesenya dan terjadilah kek in jar ni. Cream cheese tu sebenarnya nak dibuat cheesecake dengan base, tapi biskut merry lak takde stok...dah keluar masuk peti so kena la ejas jadi something yang lain.

Sebenarnya memang tak ada sukatan untuk adunan cheesenya. Cheq sue main taruk2 aje. Letak cheese, yogurt, susu segar dan gula. Kemudian blend sebati (cheq sue guna food processor) dan dimasukkan ke dalam bekas. Cheq sue jugak masukkan potongan buah peach dan blueberry filling. Bila di simpan dalam peti sejuk, rasa macam makan ais krim aje. Memang kebaboom lah.

 
Untuk jarnya pula cheq sue guna bekas jem strawberry yang bersegi. Memang cantik jar tu kalau nak dibandingkan dengan bekas mayonis. Dah sebenarnya itu aje yang ada je pun... ^^

Lepas ni memang akan sentiasa buat la kek in jar ni. Senang nak makan, senang nak buat. Kalau ada lebih2 kek tu memang sesuai sangat buat ni. Kalaupun tak guna cheese, guna whip cream pun boleh. Kawan2 boleh la cuba... Anak-anak mesti suka. Sampai jumpa lagi. Wassalam...

Stylish Thankyou

6 comments:

  1. kek ni la yang ngidam nak hadap/ mesti best makan sejuk2 kann. slamat hari raya cheq sue walau dah hujung2 ni kan. hehe

    ReplyDelete
  2. cake in the jar mgm senang..
    tang deco tu la yg senang
    nak buat cakenya pun still kena pukul2 bagai jugak
    adei..
    bila la aura rajin ni nak mari?!!

    ReplyDelete
  3. bila lah aura rajin nak jelma utk kek cam ni yerk?

    ReplyDelete
  4. fuhhh, rajinnya cheq sue...bak mai sikit dlm 5 jar....hiihi

    ReplyDelete
  5. salam cheq sue,
    alahai terliuq den tgk gambar ni.. sedapnya..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]