PAGES

Wednesday, September 12, 2012

Strawberry Shortcake

 
 
Hai semua... Apa khabar ya... cheq sue sihat2 aje. Pertamanya nak ucap bebanyak TQ pada semua yang datang ke ABC dan drop komen. Maaflah kebelakangan ni cheq sue tak dapat nak BW dan membalas komen kawan2. Masa online amat terhad, tambah2 pula sekarang ni broadband asyik buat hal aje. InsyaAllah kalau ada masa kelapangan nanti cheq sue akan membuat kunjungan balas.
 
Kek yang dah lama dalam list tapi baru berkesempatan nak cuba. Memang sedap dan mudah sangat kek ni. Kalau nak dibandingkan dengan kek span biasa yang cheq sue selalu buat tu, kek ni lagi sedap. Cheq sue buat atas permintaan seorang kawan yang mahukan kek ala tiramisu. Jadi shortcake ni cheq sue buat di samping nak mencuba resepi baru. Satu adunan tu tak banyak sangat, kena doublekan kalau nak kek yang lebih besar. Satu adunan yang cheq sue buat ni guna loyang 7 inci. Rasanya kalau buat kek ni untuk tempahan sesuailah untuk 1/2 kg.
 

Kalau tengok potongan kek ni, rasanya macam bahulu. Gebu dan ringan. Kalau tak buat untuk kek berhias pun sesuai jugak untuk makan2 masa minum petang, pekena dengan teh @ kopi O adehhhhhh... InsyaAllah lepas ni memang nak buat lagi kek ni. TQ pada Kak Hana & Kak Ida yang berkongsi resepi ni. Wassalam...

 
RESEPI STRAWBERRY SHORTCAKE
by : hanamemories.blogspot.com
Sumber : Kak Ida, Jepun

Bahan-bahan (loyang 18cm)
3 biji telur (size M)
90g gula
80g tepung gandum - ayak
30g butter - cairkan
1sb susu segar....

Syrup (hana tak buat)...ida pon tak buat cheq sue pun tak buat
30g gula
60ml air panas
 >>> satukan bahan hingga gula larut

Cream/Filling
400ml whipping cream (non diary whipping cream) @ fresh cream
30g gula ( atau secukup rasa k )
300g strawberry - separuh potong dan separuh hiasan

Cara-cara
Panaskan oven suhu 170.
Pukul telur hingga berbuih. Masukkan gula dan terus pukul hingga kembang putih dan gebu...ida pukul 5 minit
Masukkan tepung dan susu segar. Kaup balikkan hingga sebati. Last sekali masukkan butter cair. Gaul sebati. Alas loyang dengan baking sheet. Tuang adunan ke dalam loyang dan spraykan (guna air biasa) bahagian atas kek supaya apabila masak permukaan kek kelihatan cantik dan tak kering. Bakar selama 30min ( kalau buat double, kena lebihkan masa bakar....lebih kurang 45 minit ). Sejukkan dan tanggalkan baking sheet tadi.

Untuk membuat filling
Putar whipping cream dan juga gula hingga putih gebu. Jangan over mix yer.. ketepikan. *jika guna non diary whipping cream rasanya tak perlu tmbh gula sbb dah ada gula.rujuk link di atas.
Bila kek dah sejuk, belah tengah kepada dua/tiga bahagian. Sapukan atas kek dengan syrup menggunakan brush hingga lembab. (hana tak buat step ni)...ida pun tak buat. Kemudian sapukan cream. Taburkan strawberry yg telah dipotong dua. Letak lagi cream menutupi strawberry. Tutupkan lagi dgn kek. dan ulang langkah tadi (sapu syrup dan buh cream). Jika buat dua lapis, memadai sekali sajer sapu syrup, cream dan stroberi.
Sapu keliling kek dengan cream. dan hiaskan ikut suka.
Sejukkan baru potong.

Stylish Thankyou

2 comments:

  1. Salam cheq sue,

    Memang gebu nampak kek tu.

    ReplyDelete
  2. Salam cikguuu!!! selamat petang cikguuu!! ehehe.. ni ank murid nakal nak kek sepotong, eeeeee..suke lah tekstur kek mcm tuuu, mesti sedap kan kak ;-)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]