Resepi ni cheq sue buat bila ya...sat nak ingat. Hurmmm rasanya bulan lepas, tarikh lupa. Memang dah agak lama terperam di dalam draft. Sayang kalau tak dipublish kerana ianya menampilkan resepi yang agak berbeza dari yang sebelum ini.
SBC tercipta dengan mengubahsuai sedikit resepi asal yag pernah di buat di sini kerana ada stok cendawan tiram yang agak banyak. Walaupun guna cendawan tiram, memang tidak berasa sangat cendawannya tetapi ada rasa macam daging cincang gittew. Cuma bila guna cendawan segar, kena ramas dulu biar keluar semua cecair dalam cendawan tu (lepas basuh) supaya rasanya lebih kick. Kalau kata tak dikeluarkan airnya, cendawan tu akan over moist dan tak menyerap rasa kuah. Errrr...faham tak ni?
Untuk bahan-bahannya tu boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa. Cheq sue sekadar memberi panduan sahaja berdasarkan apa yang dibuat. Kalau ada banyak cendawan tu boleh la cuba. Wassalam..
SPAGHETTI BLOGNAISE CENDAWAN
Resepi : Cheq Sue
Bahan-bahan :
1 peket spagetti - rebus hingga lembut, masukkan sedikit garam dan minyak masak
1 botol sos spagetti cendawan KIMBALL
1 kg cendawan tiram - kisar separuh hancur (guna FP)
2 biji bawang besar - dadu
3 biji bawang putih - cincang
2 kiub ayam
2 sudu besar cili giling
Sedikit oregano
Air secukupnya mengikut kepekatan kuah dikehendaki
Sedikit sos tomato dan sos cili
Garam, gula, secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara :
Spagetti yang telah direbus hingga lembut ditoskan airnya dan dibilas hingga hilang kanjinya
Panaskan sedikit minyak dan tumis cili giling, oregano, bawang besar dan bawang putih
Masukkan isi ayam dan cendawan butang, goreng hingga separuh masak
Tuangkan
tomato yang telah dikisar, sos spagetti cendawan, kiub ayam dan air
secukupnya (cheq sue guna dalam 5 cawan). Setelah mendidih, masukkan
pula slice cheese, kicap, sos tomato dan sos cili.
Masak
hingga mendidih dan sos agak pekat. Perasakan dengan gula dan garam.
Bolehlah dituangkan ke atas spagetti yang telah ditoskan tadi. Enak
dihidangkan panas.
assalam cheq sue..teringin jugak acik nak cuba ni..terima kasih cheq sue
ReplyDeleteSalam Cheq...i jadi lapo pepagi ni...slrup!
ReplyDeletesalam Cheqsu
ReplyDeletemenu fav anak2 ni pasti licin kalau dibuat akak pun dh teirngin tengok yg bercendawan ni pasti sedappp bangat kan
sedapnya...mcm nk try hr ni juga la..
ReplyDelete