PAGES

Saturday, October 13, 2012

Nasi Lobak Merah

 

Sunyi tanpa entry. Maaf sebab masa sangat terbatas untuk bersuka-suka di sini. Memang agak sibuk sikit di hujung-hujung tahun ni. Tambah2 pulak semalam menerima khabar sedih dari kampung iaitu kemalangan yang meragut 2 nyawa di mana keduanya cheq sue kenali dengan agak rapat juga. Takziah pada keluarga Mok Ja yang kehilangan emak saudara serta anak saudara (emak dan anak). Begitulah jika sudah ditentukan, perginya mengejut dalam keadaan sihat walafiat. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Berbalik pada resepi ni, ianya merupakan projek hujung minggu lepas. Dah lama nak buat nasi tumis, bila tidur rumah kawan ada la ramai sikit tukang makannya. Untuk nasi lobak merah ni cheq sue gunakan sepenuhnya resepi Kak Hanieliza yang diambil dari blog Kak Nor. Dan buat pertama kalinya resepi nasi yang menggunakan beras basmathi dapat dihasilkan dengan baik sekali. Hasilnya sangat memuaskan. Nasinya peroi dan tidak hancur. Cheq sue gunakan beras basmathi monghul FAIZA. Ada lagi satu peket lepas ni boleh cuba dengan resepi lain pulak.
Nasi ni cheq sue padankan dengan opor daging (insyaAllah) dalam next entry, acar rampai dan papadum. Memang sedap sungguh, kena sesangat kombinasinya.
TQ pada yang menyumbang resepi ni. Memang suka sangat-sangat. InsyaAllah lepas ni kalau ada kelapangan boleh la cuba lagi dan lagi... Wassalam...
 
 
NASI KAROT (NASI LOBAK MERAH)
Resipi : K.Hanieliza
Sumber: K.Nor

Bahan2nya:

6 cawan beras bathmati….basuh dan toskan
2 cawan carrot ( potong dadu kecil) ~ k.nor parut parut juga
1/2 cawan susu cair ~ lupa nk letak :) letak
8 cawan air – saya letak air rebusan isi dan tulang2 ayam guna air biasa
1 kiub ayam knorr – saya guna 1 sudu besar stock ayam maggie dalam botol
1 sudu kecil gula
garam

Bahan Tumis:
2 sudu besar rempah kurma – saya guna rempah beriani (k.nor guna rempah gulai) 1 sb rempah kurma + 1 sb rempah beriani
5 ulas bawang merah – mayang @ tumbuk kasar (hiris)
3 ulas bawang putih – mayang halus atau tumbuk kasar (hiris)
2 cm halia -mayang
3 sudu besar minyak sapi - akak guna butter (sama)
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar…..mayang x masukkan
daun pandan……..simpulkan

Cara:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma/beriani. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur. Saya hidang dengan opor daging dan acar rampai

Stylish Thankyou

7 comments:

  1. Wah..nasi bek woh la umah cheq sue..kak lna tumpang makan sini la..

    ReplyDelete
  2. terliurnya...nanti nk cuba la resepi Cheq Sue nih...

    ReplyDelete
  3. Nampak pun dah tahu sedap ni....panjang2 nasinya.like2.

    ReplyDelete
  4. waduh sedap banget nmpak nasi lobak cheq sue masak nih..akak x pernah lg masak nasi lobak..leh try nnti!!

    ReplyDelete
  5. chq sue..x pernah msk nasi lobak..teringin nk cuba tp asik x myempat2 jew..he hehe nampak sedapp tue:))

    ReplyDelete
  6. xpenah lg rasa n masak nasi lobak merah...resepi bru ke ni?? +jakun jap..hihi..

    jd tringin lak nk cuba nti...nmpk sedap

    ReplyDelete
  7. memang sedap nasi lobak merah ni akak pernah jugak try lama dah tengok cheqsu punya jadi teringin lah pulak..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]