PAGES

Monday, October 15, 2012

Opor Daging

 
 
Inilah pelengkapnya nasi lobak merah cheq sue, iaitu opor daging. Sebelum ni memang tak pernah buat pun, kebetulan ada stok daging, tu yang terhasil masakan ni. Kalau tidak, memang guna lauk ayam aje. Kalau daging selalunya digulai, atau just goreng kunyit. Bila dah buat opor ni sekurangnya telah menambah koleksi resepi daging. Tak pasti pulak ya, opor ni resepi ori negeri mana eh? Rasanya lebih kurang gulai kurma / kerutup merah. Apapun, xpelah dari mana pun resepi ni berasal, yang penting rasanya sedap dan kena dengan nasi tumis.
 
Resepi ni cheq sue ambil dari FP Kak Hanieliza jugak yang banyak meletakkan resepi menarik. Kalau siapa yang belum buat tu cheq sue sarankan untuk cuba resepi ni. Meskipun tak makan dengan nasi tumis, sedap juga kalau dimakan dengan pulut kuning atau nasi putih biasa. Boleh jugak kot kalau nak gantikan dengan ayam kalau tak ada daging. Heeeee...pepandai aje.
 
Buat penyumbang resepi ni, tq very much atas perkongsian. Wassalam.
 
 
OPOR DAGING
Resepi : Kak Liza (Hanieliza)

Bahan
1 kg daging [hirskan nipis dan bersihkan]
1 biji kelapa [4 cawan santan]
2 s/b kerisik tak masukkan
1 s/b gula perang atau gula merah lembut [soft brown sugar]
3 s/b rempah kari daging ]
1 s/k jintan manis ] gaulkan 
1 s/k jintan putih ] termiss lak 2 jintan ni
3 keping asam keping
minyak
garam


Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih


Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai


Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin & rempah daging yg digaulkan dan kacau rata.
3. Masukkan daging dan kacau rata sehingga nampak naik minyak.
4. Masukkan santan dan biarkan reneh denagan api yg kecil sehingga mendideh dan daging lembut.
5. Masukkan gula, garam, asam keping dan kerisik dn kacau lagi. Biarkan naik minyak.
6. Hidangkan dengan nasi putih/minyak atau ketupat atau pulut kuning. 

Stylish Thankyou

5 comments:

  1. salam cheqsu..
    aduii sedap pulak nampak daging opor ni kalau kena ngan nasi panas ke sejuk ke mmg sedap ni

    ReplyDelete
  2. makan ngan roti pun sedapp kak..

    ReplyDelete
  3. nmpk sedap lauk daging tu .. cicah roti nan pun best ni!

    ReplyDelete
  4. salam Su...nampak sedap opor daging ni,mkn ngan nasi impit pon sedap nih:)

    Terima kasih pd Su sbb dah 2-3 kali gak ambil PEMANGGANG AJAIB dr k.atie ya.Lbh kurang minat halal ya.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  5. Sedapnya Opor daging tu... terlior k.gee...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]