PAGES

Thursday, December 27, 2012

Dan Bunga Pun Berkembang # 5

 
 
 
‘Nab, Sabtu ni awak datang ke Taman Tasik ya, saya ada buat jamuan hari jadi anak-anak.’ Cek Mat mengejutkan Zainab yang sedang meneliti angka-angka di layar komputer.
‘Ok, no problem.’
‘Jangan lupa bawak adik awak tu sekali, kita meriahkan majlis. Saya tak ajak ramai pun, staf ofis aje.’
‘Aduh Cek Mat, kena sediakan hadiah untuk tiga orang la ni…’
‘Apa nak buat Nab, rezeki Allah bagi.’
‘Alhamdulillah.. InsyaAllah saya datang.’
Cek Mat berlalu ke bilik. Sesungguhnya sejak kebelakangan ini perasaannya terhadap Zainab amat berlainan sekali. Dia senang melihat Zainab tertawa…senyumnya mempersona.
Duhai hati…

Zainab dan Dayang sampai awal ke Taman Tasik. Kebanyakan tetamu lain belum tiba. Sempatlah dia menolong mana yang patut. Sedang dia membuat persiapan, Qasseh datang memeluknya dari belakang.
‘Makcik Nab dah datang. Hoorey…’ Makcik Nab? Terasa lebih tua la pulak. Budak-budak, apalah yang diorang tahu..
‘Ala cayang…. Happy birthday Qasseh. Mmuaahh. Nah, ini hadiah untuk Qasseh. Mana abang Qayyum dan abang Qaishh?’
‘Abang Oyum ngan abang Ash pergi main.’ Dengan pelat Qasseh memberitahu Zainab. Memandang ke kiri ke kanan, dua beradik itu sedang bermain buaian.
‘Qayyum! Qaishh! Jom datang sini, makcik nak pakaikan topi ni.’ Zainab melaung. Dia tidak Nampak pulak Cek Mat di mana-mana.
Sesampainya Qayyum dan Qaishh, Zainab menghulurkan hadiah yang telah dibelinya. Topi kertas yang ada dimeja turut dipakaikan. Dia dan Dayang sejak tadi memakai topi itu. Memandangkan tetamu sudah datang, dia meminta Kamal menyalakan lilin.
Tapi, di mana Cek Mat? Zainab mengeluarkan telefon dan mendail nombor bosnya. Di saat-sat penting begini dia harus ada di sisi anak-anaknya.
‘Cek Mat ada di mana ni…budak-budak dah tak sabar nak tiup lilin ni.’
‘Ye ye..saya on the way ni. Dua minit…’
Zainab tidak tahu..Cek Mat memerhati segala gerak laku nya tadi. Layanan Zainab terhadap anak-anaknya begitu ikhlas dirasakan. Dia nampak kegembiraan di raut wajah anak-anak. Sebanyak manapun kasih sayang Cek Mat, tak akan sama dengan kasih sayang seorang ibu…seperti yang diberikan Zainab setelah sekian lama pemergian arwah isterinya…
‘Mat, Zainab tu baik budaknya. Cucu-cucu mak semua rasi dengan dia.’ Makcik Salmah berkias. Dia terperasan perubahan Cek Mat kebelakangan ini.
‘Ish mak ni…’ Cek Mat cepat-cepat menuju ke meja jamuan diikuti makcik Salmah…
*****
Dayang membawa dulang berisi jus limau dan milo panas ke ruang menonton. Satu untuknya, dan satu untuk Zainab. Malam-malam begini mereka selalu lepak bersama sambil menonton tv.
‘Macam mana dengan along Kak Nab?’ Dayang bertanya sambil menghulurkan jus limau kepada Zainab.
‘Macam mana macam mana maksud Dayang?’ Zainab membalas sambil matanya masih tertancap di televisyen.
‘Along ok tak?’ Dayang berbisik.
‘Apa yang Dayang cuba nak bagitahu Kak Nab ni?’ Zainab berpusing menghadap Dayang.
‘Mmmm…aaaaaa…Kak Nab cuba-cuba la berkawan dengan along tu. Dia baik tau.’ Akhirnya…seperti yang diagak Zainab. Itulah yang bersarang di kepala Dayang.
Uhuk…uhuk… Main redah aje budak ni. Macam nak suruh aku jadi kakak ipar dia je…
‘Kenapa Dayang cakap macam tu?’
‘Bukan apa kak..Dayang tengok along tu macam sukakan akak je…’
Hah??? Sejak balik dari Johor dua bulan lepas, sejak kenduri Darlina, Zainab terperasan Daus selalu juga menghubunginya. Mereka selalu bersembang walau tanpa bersua muka. Dia akui, Daus seorang yang pandai berbicara, katanya tersusun dan pandai mengambil hati. Zainab senang berteman dengannya.
‘Kak Nab pun sukakan along ye?’ Dayang menduga.
‘Hish…pandai je kau ni Dayang.’ Zainab menepis. Cuba menyorok rona-rona merah di pipi.
‘Umi pernah cakap dengan along, dia suka kalau along dan Kak Nab berkahwin.’
Alamak? Ye ke Dayang ni? Ke dia saja nak ngetes aku?
Zainab menjojolkan matanya kepada Dayang tetapi Dayang hanya tersenyum. Senyumnya lebar dari biasa…
Rasa macam segan pulak…kalaupun Zainab ada apa-apa dengan Daus, haruskan Dayang dan keluarga mengetahui? Haruskah dia menyoal itu dan ini kepada Dayang? Zainab pun tidak tahu sejauh mana keikhlasan Daus terhadapnya. Entah apa yang difikirkan Daus terhadapnya dia juga tidak tahu. Apa status perhubungan mereka pun dia tidak tahu. Yang Zainab tahu…hidupnya semakin ceria dengan adanya teman baru, Daus yang  telah menguak kembali pintu cinta dalam hatinya.
‘Hai Kak Nab, ingatkan along ke tu?’ Dayang mencucuk pinggang Zainab.
Opocot! Adus…macam mana boleh terbabas ni…
‘Malas akak nak layan kau Dayang.’ Zainab segera menuju ke bilik. Malunya…
*****
‘Amboi Kak Nab…berseri-seri hari ni.’ Tegur Azura sebaik Zainab masuk ke pejabat.
‘Kau ni ada-ada je Zura.’ Zainab tertawa.
‘Betul la Kak Nab. Kamal tengok pun lain macam serinya. Macam seri nak kahwin je.’ Kamal di hujung meja menyampuk.
‘Ye ke… tapi akak lebih nampak seri pengantin tu pada Kamal dan Azura. Cepat-cepat la Mal…karang melepas terlopong.’ Zainab memulangkan paku buah keras kepada Kamal. Hubungan kedua mereka sudah dapat dihidu Zainab. Sudah beberapa kali dia melihat pasangan itu makan berdua. Mesra sekali. Zainab  tumpang  bahagia.
Azura segera memandang Kamal. Dia tersipu-sipu. Nampaknya selepas ini dia tidak boleh berahsia lagi.
‘Apa yang kecoh-kecoh ni? Siapa yang nak kahwin? Kau ke Nab?’ Jauhari yang baru datang tiba-tiba bertanya.
‘Ha la…Bukan ke kau selalu bising aku tak kahwin-kahwin?’ Zainab tergelak sambil bergerak ke mejanya.
Jauhari kehairanan melihat Azura dan Kamal turut tertawa.
 Setengah jam di bilik, Cek Mat memanggil Zainab ke bilik.
‘Ni invois Jati Holdings Nab, awak tolong semak dengan order kita. Kemudian, awak tolong siasat status kewangan syarikat ni ya.’ Cek Mat menghulurkan dua helai kertas kepada Zainab. Dia kelihatan agak sibuk meneliti fail di hadapannya.
‘Cek Mat ke yang approvekan statement ni?’ Zainab bertanya. Dia hanya ingin memastikan.
Cek Mat memandangnya sekilas. Matanya membulat.
‘Eh Nab…lain macam je saya tengok awak hari ni.’
Aikkk…diorang ni semua berpakat ke? Apa yang lain macamnya? Agaknya ini penangan sut baru kot. Sebab itulah Zainab suka dengan jenama Guess…sentiasa menjadikan dirinya lebih sempurna.
‘Apa yang lain macamnya Cek Mat?’
‘Awak cantik Nab, lain sungguh saya tengok.’
‘Saya pakai baju baru ni Cek Mat…sebab tu la nampak lain.’ Zainab tergelak. Nampaknya Cek Mat tidak dengar apa yang ditanyanya tadi.
Zainab meninggalkan bilik Cek Mat. Dia segera meneliti dokumen yang diberi dan menyemaknya teliti.
Lima minit kemudian, Blackberrynya berbunyi.
‘Assalamualaikum Nab.’
Daus dihujung talian.
‘Waalaikumussalam.’
‘Sibuk?’
‘Tak jugak. Sibuk biasa je. Nape Daus?’
‘Takde la..saya cuma nak bagitahu, minggu ni saya turun ke KL. Boleh tak kalau saya nak jumpa Nab?’
Ke KL? Nak jumpa? Dag dig dug…dag dig dug…
‘Awak ada urusan apa?’
‘Saya nak settlekan kereta customer di Pejabat Kastam. Kalau dah selesai saya ingat nak jumpa awak.’
‘Kenapa tak selasaikan di Johor je?’
‘Kes ni di KL Nab, tak dapat buat di Johor.’
‘Ooooo…’
‘Boleh ye Nab? Bila saya selesai, saya call awak.’ Daus sekali lagi meminta.
Hati Zainab berbunga-bunga. Dia juga sebenarnya ingin bertemu Daus.
‘Lagipun saya rindu lah dekat awak Nab…rindu sangat.’
Hah? Daus rindukan aku? Aku pun rindukan dia. Tapi Zainab hanya mengiyakan dalam hati.
‘Mengadalah awak ni…’
‘Betul Nab…saya betul-betul rindukan awak. Sampai mengigau tidur saya tau.’
‘He he he… Itu saya tak nak tanggungjawab.’
‘Boleh ya Nab?’
‘Boleh…apa pulak tak bolehnya.’
‘Alhamdulillah. Ok lah Nab, saya ada klien ni. Jangan lupa tau.’
Zainab hanya tersenyum.
‘Iya. Assalamualaikum.’
‘Nab…’
‘Apa lagi Daus?’
‘I miss you…’ Suara Daus bagaikan berbisik di telinganya. Halus dan tenang menyusup ke jiwa.
I miss you too. Jawab Zainab, tapi hanya dihati.
Setelah talian diputuskan, Zainab tersenyum lebar. Sepuluh minit bercakap dengan Daus sudah cukup menceriakan dirinya. Tambahan pulak di akhir-akhir perbualan Daus menyatakan dia merindui Zainab…terasa dunia ini dia yang punya. Bunga-bunga cinta kian berkembang. Zainab melihat jam di tangan. Sudah lunch hour. Dia menggapai beg tangannya dan bergerak keluar.
‘Jom… jom. Siapa nak lunch…akak belanja harini.’
Cek Mat yang memandang dari kejauhan hanya mampu menahan nafas di dada. Ternyata kelainan Zainab bukanlah disebabkan baju barunya…tetapi ada sinar cinta yang menyala di mata. Cek Mat percaya Zainab sedang dilamun cinta. Tiba-tiba ada perasaan hampa di hatinya…

Stylish Thankyou

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]