Sehari berlalu...masih sesuaikan diri. Eleh...macam la duduk London nak sesuai-sesuai bagai. Eh, balik ke tempat asal pun kena sesuai jugak. 3 minggu dok kampung tentu suasananya tak sama. Masuk rumah pun dah rasa lain, rasa sangat sunyi sepinya. Harap-harap lepas ni semuanya akan kembali seperti sediakala untuk meneruskan sesi 2013.
Cheq sue nak kongsikan gambar yang diambil semasa di kampung iaitu gambar orkid merpati yang tumbuh liar di pokok mangga belakang rumah. Orkid ni adalah orkid asli tanpa kacukan dengan jenis yang lain. Nostalgia jugak orkid ni sebab ianya sungguh misteri. Selain warnanya yang putih dan sedikit kekuningan, warnanya juga sungguh lembut dan harum. Biasanya kalau waktu pagi bau bunga ni memang mengasyikkan.
Saya tak tahu kenapa orkid ni dinamakan orkid merpati, mungkin juga kerana bentuk bunganya seprti burung. Tak tahu la pulak ya sama ada orkid ni dibiakkan secara komersil atau tidak. Kalau ada tu memang sesuai sungguh, beli untuk hiasan taman rumah.
Kepada pencinta orkid, silalah menjamu mata. Wassalam..
orkid jenis ni tumbuh liar merata2 kan.. kat kampung ada tumbuh kat pokok kelapa gak.. mmg cantek.. wane putih berseri2.. suka gak tengok.. bela tak de la.. sbb tak bape suka bela pokok.. hihihih
Assalam sue, akk suka ngan bau okid ni, kat rumah kampung akk pun ada juga okid ni, bila berbunga cantik putihhh mcm okid sue ni juga. Akk ada bawa blk KL, hidup subur je sekali je berbunga 3 kuntum lak tu huhu
orkid jenis ni tumbuh liar merata2 kan.. kat kampung ada tumbuh kat pokok kelapa gak.. mmg cantek.. wane putih berseri2.. suka gak tengok.. bela tak de la.. sbb tak bape suka bela pokok.. hihihih
ReplyDeleteAssalam sue, akk suka ngan bau okid ni, kat rumah kampung akk pun ada juga okid ni, bila berbunga cantik putihhh mcm okid sue ni juga. Akk ada bawa blk KL, hidup subur je sekali je berbunga 3 kuntum lak tu huhu
ReplyDelete