PAGES

Thursday, January 3, 2013

Durian Crepe (Resepi Tepung Gandum I)

 
 
Akhirnya durian crepe sampai juga di dapur Cheq sue. Projek 1 Januari 2013 setelah sekian lama melihat, memandang dan memendam perasaan bila tengok kawan2 buat. Tension tau tangok orang dok crepe sana sini. Setelah dapat rasa how it taste, memang sedap GILOR. Saya memang suka durian, rupa2nya gabungan durian dengan krim tersangatlah ngam seperti suami isteri. Jadi kesimpulannya SAYA SUKA DURIAN CREPE!
 
Percubaan pertama ni alhamdulillah tidak mengecewakan, cuma kalau dilihat lipatannya agak kurang kemas dan saiznya agak XXL gitu sebab saya menggunakan pan yang agak besar. Daripada setengah adunan yang dibuat hanya dapat 7 keping saja. Oleh kerana durian yang ada pun tak berapa banyak, maka intinya agak terhad sikit. Kalau letak banyak-banyak durian tu adehhh mesti lagi sedap.
 
 
Nampak pun tak sama besar. Lipat ikut suka. Inti ada banyak ada sikit, kalau nak jual tak pas ni...  Dengan menggunakan resepi yang diskodeng dari blog Rahel, cheq sue ada ejas sesikit ikut kesesuaian, biasa la 1st time ni. Nanti nak buat lagi, memang syok dapat makan sejuk-sejuk. I loike! Very the much!

TQ pada yang terlibat dengan perkongsian resepi ini. Nanti nak cuba guna resepi II pulak, dalam proses nak cukupkan 5 jenis tepung tu. Tak sabar, lepas ni kena pi cari durian.. Ho ho ho... Sape2 yang suka durian tu, sila la cuba buat crepe ni. Tak rugi tau...memang puashati. Wassalam...

 
DURIAN CREPE
Sumber : Durian Crepe,Aroma 2012 (Azlita Masam Manis)
C&P : Rahel

Bahan-bahan:
250g cawan tepung gandum 125 g
3 biji telur 1 biji
500ml santan/fresh milk cheq sue guna susu cair 250 ml (+ sikit air utk mencairkan adunan)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco x masukkan
1 sudu teh pewarna hijau yang ni guna pewarna kuning

Cara penyediaan:
Satukan semua bahan di atas di dalam bekas dan kacau rata.
Masukkan dalam blender dan kisar kemudian tapis.
Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat.
Panaskan hingga kuali benar-benar panas dan oleskan sedikit minyak pada kuali.
Kemudian kecilkan api,tuangkan satu senduk besar ke dalam kuali dan masaklah adunan
tadi hingga menjadi crepe.
Adunan tak perlu dibalikkan.Apabila permukaan atasnya sudah kering terus angkat dan
biarkan sejuk.

INTI
Bahan-bahan:
1 cawan Non-dairy whipping cream
isi durian secukupnya/blueberry pie filling

Cara penyediaan:
Pukul whipping cream dalam mixer hingga kental.
Pisahkan isi durian dari bijinya.Lumatkan sedikit.
Bentangkan satu keping crepe.
Letakkan whipping cream di tengahnya.
Letakkan isi durian.
Tutupkan semula dengan whipping cream
Lipat crepe.Kemudian simpan dalam peti sejuk sebentar.
Sedap dihidang ketika sebaik dikeluarkan dari peti sejuk.

Stylish Thankyou

4 comments:

  1. Liza pun baru try buat crepe durian ni ari tu...keretapi lmbt sampai...hiihihi

    ReplyDelete
  2. Mengidam lamaaa dah nak makan..thnks kak bg resipi...nk try la....lau kt kelantan xtaw nk beli mana...asben suka mkn durian..nk try laa msti dia suka jugak kan

    ReplyDelete
  3. Akk pun suka crepe mcm eskrem je, Akk nye lum tayang lagi dah lama buat heheh. Wah sedap nmpk crepe tu sue,

    ReplyDelete
  4. rasa nya semua blogger mesti nak try DC ni akak pun dah try bnyak kali sampai sempat ambil tempahan lagi hee mmg sedap tak dpt di nafikan

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]