PAGES

Tuesday, January 1, 2013

New Year Lunch With Kurma Ayam "ALIF"

 
 
Entry pertama di tahun 2013. Alhamdulillah dengan izinNya dapat cheq sue bersama2 korang semua memeriahkan dunia blogging ni. Menjadi harapan setiap insan semoga kedatangan tahun ini menjanjikan seribu kebahagiaan dan keberkatan. Cheq sue sendiri pun mengharapkan yang baik-baik sahaja untuk tahun ini. Mengenang sejenak ke tahun 2012 yang baru semalam ditinggalkan, ternyata terlalu banyak kenangan pahit yang singgah dalam hidup, meninggalkan luka-luka di dalam hati yang tidak tahu di mana penawarnya. Tahun ini tak tahulah... 
 
 
Berbalik kepada resepi pertama tahun ini, resepi segera aje pun. Cheq sue cuba sepeket rempah kurma jenama  ALIF. Bukan apa, untuk masak dalam kuantiti yang sedikit, penggunaan pes segera ni akan memudahkan kerja. Tak perlu nak blend bawang setakat 2 3 bijik. Untuk rempah kurma ni pula, tak perlu guna santan, cuma perlu larutkan je pes tu dengan air. Ayam pulak cheq sue gunakan ayam yang dipelihara, bukan ayam kampung, isinya agak liat sikit jadi perlu masa yang lama sebelum empuk. Di sini cheq sue nak kongsikan secara ringkas menu yang dibuat tadi. Semuanya dah selamat dimakan dengan sayur bendi dan nasi putih. Baki dua ketul lagi buat bekal sekolah besok. :)
 
KURMA AYAM  ALIF
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
1/2 peket rempah kurma ALIF
3 ketul paha ayam (sederhana)
1 biji ubi kentang - potong kecil
1 biji bawang besar (saiz kecil) - potong 4
3 cawan air (boleh di tambah / kurang mengikut kepekatan dikehendaki) - cheq sue suka kuah yang kurang pekat, agak cair sikit
 
Cara-cara :
Masukkan pes kurma ALIF, ayam dan air ke dalam periuk. Didihkan hingga ayam agak empuk
Kemudian tambahkan ubi kentang dan bawang. Masak hingga ubi kentang menjadi lembut.
Perasakan gula dan garam
 
Stylish Thankyou

5 comments:

  1. Selamat tahun baru 2013 Cheq Sue... wah! dah sedia bekal untuk ke sekolah esok ye...

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru my frend...muga tahun kurang pening kepala...

    ReplyDelete
  3. happy new year my dear! selamat kembali ke skolah..hihi

    ReplyDelete
  4. slmt thn bru Cheq Sue...wah dh siap2kn lauk bekal nmpknye tu...sedap

    ReplyDelete
  5. Υou're so interesting! I don't ѕuρpose
    ӏ've truly read a single thing like this before. So nice to discover another person with a few original thoughts on this issue. Really.. thank you for starting this up. This site is one thing that is required on the internet, someone with a bit of originality!

    my web-site :: hemorrhoids treatment

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]