PAGES

Sunday, February 10, 2013

Ayam Pongteh & Selamat Tahun Baru Cina

 
 
Hai semua...apa khabar? Semestinya sedang enak bersantai di hari cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina. Bagi teman-teman dan rakan blogger yang menyambut TBC semoga ceria-ceria selalu. Bagi yang berkenduri hari ini, selamat meraikannya. Begitu juga di kampung sekarang ni, telah pun selesai majlis sambut menantu ubi saudara, yang menerima rombongan dari Perak pula.
Aduhhh, memang agak sibuk sikit setelah sampai di kampung Jumaat (8/2/2013) yang lepas. Dengan kepulangan semua adik beradik, tambah anak saudara rasa macam nak raya pulak. Iyalah, bukannya sellau dapat berkumpul cukup 6 beradik. Seronok sangat rasanya dengan riuh rendah budak-budak walaupun sedikit pening. Dalam kesempatan ini juga cheq sue ingin merakamkan takziah buat keluarga mertua (emak) kakak yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan kekasihNya.
Eh, panjangnya celoteh. Terus sajalah pada n3 kali ini. Sebenarnya cheq sue tak pernah lihat lagi ayam pongteh, makan pun tak pernah. Kebetulan ada stok ayam pelihara, lebih kurang ayam kampung jugak lah, terus saya godek resepi dan cuba. Tak tahulah rasanya kena, menepati rasa yang sebenar. Bila makan rasa macam ayam kicap aje cuma yang ini ada taucu. Tak tahulah, lain kali boleh cuba buat pulak tengok camana pula hasilnya. Tq pada Che Mat yang berkongsi resepi ni. Sampai jumpa lagi....Wassalam.
 
 
AYAM PONGTEH
Resepi : Che Mat @ DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, kerat 7 - 8 bahagian, cuci bersih dan toskan
10 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
1/3 cawan pes taucho (mat guna tauco biji2 dan mat lumatkan sedikit)
8 kuntum cendawan shittake segar, rendam
2 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1, rendam
1 camca besar kicap pekat
1 camca besar kicap cair atau secukup rasa
Gula secukup rasa
Cili merah dan hijau, dipatah2
Hirisan daun sup, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan taucho, kacau dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam, gaul hingga mesra dan biar ayam kecut. Tuang air secukupnya dan biar mendidih.
Masukkan kentang (toskan), tambah kicap pekat dan kicap cair (sedikit dahulu). Kacau dan biar mendidih dengan api sederhana hingga kentang 1/2 empuk. Tambah cendawan shittake (tos dan perah). Masak lagi hingga kentang empuk.
Tambah sedikit gula dan masak hingga kuah pekat sedikit. Rasa dan jika kurang masin, boleh tambah lagi kicap cair. Masak sekejap dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan cili merah dan hijau yang dipatah2kan. Hidang bersama nasi hangat dan sambal belacan...

Stylish Thankyou

2 comments:

  1. Slmt bercuti cheq Sue.seronok balik kg berkumpul keluarga.
    takziah juga buat famili kakak Cheq Sue. moga rohnya dicucuri rahmat.
    Ayam pong teh...belum pernah mkn lagi...letak taucu rupanya.
    re;biasa kalau org Kelate suka tapai kan...tp tapai ubi kayu mmg sedap digoreng....

    ReplyDelete
  2. Salam cheq sue. Pernah teringin nak buat ayam pongteh tapi bahan tak pernah cukup.. alasan.
    Sedap nampaknya. apalagi bila dimasak dalam periuk tanah.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]