PAGES

Monday, February 11, 2013

Marble Cheese Brownies

 
 
Dah makan tengah hari? Cheq sue alhamdulillah, dah selamat menikmati nasi putih panas + kicap + ikan goreng garam kunyit. Makan sampai bertambah. Duduk kat kampung ni selera makan memang tak hengat, macam anak burung lapar, tau nak mengunyah aje. Lagipun harini takyah masak beriya, keluarga ada 4 jemputan kenduri, memang tak makan dah la kat rumah. 
 
Marble cheese brownies yang sedap dan spongy. Brownies kedua hasil tangan cheq sue, dengan menggunakan resepi dari FP Rinchann yang tak perlu nak diperkenalkan lagi. Untuk kali ni cheq sue buat di dalam loyang 10'x10'x2'. Yang nak gelaknya, bila masak lapisan coklat tu, langsung tak ada ruang nak masukkan adunan cheese, terpaksa pulak di oter loyang tu dengan meletakkan aluminium foil. Kalau green velvet marble cheese brownies tu cheq sue gunakan loyang kecil, bermewah-mewah segala cheesenya, kali ni memang sesuailah loyang yang digunakan kalau ada yang nak menempah.

 
Potongan memang kurang memuaskan, exited nak makan sebenarnya. Dek kerana silap haribulan penggunaan loyang, memang sememeh jadinya brownies ni. InyaAllah lain kali boleh buat lebih baik lagi. TQ pada yang berkongsi resepi. Wassalam.
 
 
MARBLE CHEESE BROWNIES 
Resepi : Rinchann

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak.
Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Stylish Thankyou

4 comments:

  1. salam cheqsue...dah lama nani tak membaking. lemau betol sekarang nak masuk dapur.duk rumah mertua pun tolong dia masak skit2 je. ust mad kat sekolah cheqsue rupanya. nani ada dgr dia dapat area CH. tapi tak tanya la pulak sekolah mana. kalau kat sini dlu, kami selalu tempah makanan dengan dia la. isteri dia pandai masak jugak.

    ReplyDelete
  2. Cheq sue..ini antara brownie kegemaran mieza..mmg sedap..tak pernah lagi le dgr org yg makan brownie ni kata tak sedap..mmg terbaik...mieza suka doublekan adunan cheesenya supaya tebal skit..sedapnya..

    ReplyDelete
  3. Aise.laporr bronis lakk..mau sepotong!!!

    ReplyDelete
  4. Dah lama gue teringin membuat marble cheese ni..tapi asik terbantut jer....

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]