PAGES

Monday, February 4, 2013

Green Velvet Marble Cheese Brownies

 
  
Apa khabar kawan-kawan semua? Selamat berkerja...ucapan buat diri sendiri yang lemau macam biskut masuk angin. Blues sungguh hari ini... dengan cuaca yang sangat2 sesuai kalau dapat tidur. Sejuk, nyaman dan sangat membekukan.
 
Jadi terus sajalah bercerita tentang entry kali ni. Brownies. Memang dah lama sangat nak buat, baru minggu lepas tercapai hajat di hati. Cheq sue memilih untuk mencuba red velvet marble cheese brownies, tapi tak jadi red la sebab guna warna hijau (saja, asyik-asyik merah aja kan....). Cantik jugak gabungan warnanya hijau dan kuning muda, macam bendera Kedah pulak jadinya.
 
 
Berposing dengan gooseberry. Tq pada kawan2 yang berkongsi nama berry ni dalam entry ni. Cheq sue memang tak tahu langsung. Nampak cantik kan sebagai props fotografi. Tang air tu jangan tanya, itu bukan air teh tau, sebab tu warnanya pucat...
 
 
Untuk brownies ni cheq sue guna loyang kek saiz 8' x 8' barulah mewah dengan lapisan cheese, memang sedap nak makan dan puas rasanya.Saiznya pun tak la besar sangat. Sebenarnya dok keliru samada nak guna loyang rendah atau tidak. Maklumlah tak pernah buat...
 
Resepi ni cheq sue gunakan dari blog Kak Maz, manakala untuk lapisannya cheq sue gunakan resepi dari Rinchan Fotopages. Memang menepati selera sangat-sangat. Terima kasih pada keduanya yang berkongsi. InsyaAllah lepas ni akan dibuat lagi. Wassalam
 
 
RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci) - update resipi
125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
1/2 sudu kecil garam
60g mentega - suhu bilik
110g gula halus 100g
1 biji telur saiz A - suhu bilik
1/2 sudu kecil essen vanilla
120ml susu segar - suhu bilik
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder

Lapisan Cheese
200g cream cheese - suhu bilik
1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
60g gula galus
1 sudu besar jus lemon

Cara
1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.
2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.
3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.
5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.
6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese

1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.
2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.
3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...

Bahan-bahan lapisan cheese:

250g cream cheese
1 cawan gula castor 3/4 cawan
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20 minit keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15 minit atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
Stylish Thankyou

4 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]