PAGES

Sunday, February 17, 2013

Jus Pegaga

 
 
Jom berhari minggu dengan menikmati jus kesihatan yang dibuat sendiri. Masih lagi bercerita tentang n3 lapuk yang berderet di dalam draft.  Tak apalah, janji ada sesuatu yang boleh dikongsi. Masa ada n3 dan kelapangan ni bolehlah update sokmo...kan?
 
Meh nak tanya, ada siapa tak kat sini yang suka jus pegaga? Selain dimakan segar sebagai ulam, atau dimasak gulai, pegaga jugak sedap tau dibuat minuman. Cheq sue memang suka jus pegaga ni. Kalau ada memang akan buat jus sebegini. Mudah, murah dan berkhasiat sangat.
 
Minum macam tu pun sedap, kalau sejukkan dalam esbox lagi la sedap. Kadang2 ada rasa macam air tebu, eh susah jugak nak describe kat sini, kalau korang ada pegaga yang lebih2 digulai dengan udang tu sila la cuba ya. Memang tak rugi... Wassalam
 
 
JUS PEGAGA
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
 Segenggam daun pegaga (kalau ada bahagian lain pun boleh guna)
2 cawan air masak
1/2 biji limau nipis - perah airnya
3 sb gula
 
Cara membuatnya :
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar beberapa minit sehingga halus
Tapis ke dalam gelas.
 
* kuantiti bahan2 tu terpulanglah pada citarasa, mana nak lebih atau nak kurang, dipersilakan
* untuk jus ni, cheq sue lebih suka tapis sebab macam terganggu je dengan hampasnya.
 
Stylish Thankyou

3 comments:

  1. salam cheqsu
    umah akak ni banyak pegaga tapi tak pernah buat pun jus heeee boleh try nanti selalu akak buat ulam je

    ReplyDelete
  2. Jus Pegaga segar boleh didapati di Shah Alam. Hubungi 017-8786666. Tiada bahan pengawet dan lain-lain

    ReplyDelete
  3. lepas ni kena jadikan sebagai jus kegemaran la pulak, senang dan simple, khasiat yang sangat banyak kan..

    ct-natasha.blogspot.com

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]