PAGES

Saturday, February 16, 2013

Penang Assam Laksa

 
 
Salam sayang semua... Salam hari Sabtu kepada yang bercuti hari ini. Masa n3 ni keluar cheq sue dah dalam perjalanan balik ke CH, cukuplah seminggu lebih kurang berada di kampung, menternak lemak dan dok bangun tidur. Ingat nak balik hari Ahad, tetapi Isnin kena ke KL berkursus, terpaksalah balik awal sehari untuk menyediakan 'buah tangan' untuk anak-anak pelajar yang akan ditinggalkan.
 
Update : Alhamdulillah dah selamat sampai ke rumah...
 
Jadi terus saja ke resepi yang dah agak lama cheq sue buat. Kalau diikutkan memang selalu je buat laksa penang, tapi jarang benar menggunakan resepi. Bahan-bahan main taruk aje, letak semua dalam blender dan kisar. Tapi kali ni saja nak buat ikut resepi, yang dikecah di Dapur Tanpa Sempadan. Istimewanya resepi laksa ni sebab ianya menggunakan serai. Selalu cheq sue tak pernah letak serai, kira2 ni resepi baru lah..
 
Walaupun begitu, laksa ni kalau dilihat dari gambarnya memang tak cukup kawan, ulam yang ada hanya nenas dan daun selom. Sebelum ni cheq sue tak pernah guna selom sebagai ulam laksa atau laksam, kira2 macam pelik jugaklah. Mungkin kalau orang belah2 'luar' dah biasa kot agaknya. Walau apapun, pada cheq sue laksa ni memang sedap dan sangat menyelerakan. Pekena pulak dengan telur puyuh, aduhhhhh tak sedar asyik menyuap je.
 
Terima kasih pada Che Mat yang berkongsi resepi ni. InsyaAllah akan dicuba lagi selepas ini. Wassalam.
 
PENANG ASSAM LAKSA
Resepi : Che Mat @ DTS

BAHAN - BAHAN KUAH:-)
1 kg ikan kembong (mat guna kembong batu)
1 tin kecil ikan sardine "cap ayam"
20 biji cili kering, kerat2, cuci dan rendam dalam air panas dan toskan*
5 biji cili merah*
6 biji bawang merah*
1 biji bawang besar*
1 batang serai, dihiris*
1 cm lengkuas*
30 g belacan*(*dikisar halus)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 cawan nenas yang didadu halus
1 genggam daun pudina
1 genggam daun kesom
3 keping asam gelugor
20 g asam jawa + 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
Air secukupnya (ikut suka hati masing2 nak byk mana)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
Mee laksa, kalau guna yang kering, rendam 1 - 2 jam, rebus lembut, tos, cuci dgn air paip dan toskan.
Hirisan daun kesom
Hirisan daun salad
Hirisan daun selom
Hirisan cili padi
Hirisan timun (potong bentuk jejari halus)
Hirisan bawang besar
Hirisan bunga kantan (kalau suka)
Belahan limau kasturi
Petis secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK KUAH :- Ikan kembong disiang, cuci bersih dan rebus hingga masak. Keluarkan ikan, asingkan isi dan tulangnya. Kisar tulang2 ikan tadi dan tapis, ketepikan. Ikan sardine, diasingkan dari sosnya, cuci ikan tadi dan lecek hancur, buat sama dengan isi ikan kembong tadi. Air rebusan ikan tadi ditapis ke dalam periuk, masukkan bahan kisar halus, nenas, air dari kisaran tulang ikan dan isi ikan tadi. Masak hingga mendidih dan masukkan jus asam jawa, asam gelugor dan air secukupnya. Tambah belahan bunga kantan dan daun kesom. Masak dengan api perlahan selama 45 - 60 minit. Tambah air jika perlu. Akhir sekali masukkan daun pudina dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biar mendidih 2 - 3 minit lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api.

UNTUK LAKSA ASSAM PENANG :- Masukkan mee laksa secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah laksa tadi (pastikan kacau dulu sebelum tuang) secukupnya. Hias dengan bahan2 lain sebagai pelengkap dan diakhiri dengan 1/2 camca besar petis udang sebagai penambat selera....Hmmm sedap nihh...masa dok tulis ni pun, asyik terliurr jee...ahhh.. tak relaaa!!!!!!

Stylish Thankyou

2 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]