PAGES

Wednesday, February 6, 2013

Kisah Wedding Cake

 
 
Lama jugak tak mendeco. Iyalah, tak ada tempahan tak kuasa cheq sue nak buat kek lawa2 hanya untuk makan-makan. Cumanya baru-baru ni cheq sue ada buat kek, sponser untuk perkahwinan budak Fazlee tu. Maka dengan semangat berkobar-kobar cheq sue buat kek dan mendeco, harap2 menepati tema kek pengantin. Alah, bukan beriya mana pun, deco biasa aja. Kebetulan minggu tu memang sibuk sikit, dengan sukan dan anak buah dari KL yang datang, agak haru biru juga nak siapkan. Tapi alhamdulillah dapat juga disiapkan walaupun dalam serba kekurangan.
 
Kalau dilihat sekilas, memang biasa dan ringkas. Hanya warna hijau, putih dan merah sahaja. Kalau buat warna warni kang nampak pelik pulak ya...
 
 
Untuk kek ni cheq sue menggunakan red velvet dengan cream cheese filling dan buttercream. Bukan apa, ingat nak guna cream cheese jugak untuk aising tapi takut cair. Jadi sebagai langkah selamat, cheq sue gunakan aje buttercream. Memang seperti yang dijangka, agak cair jugak buttercreamnya, cuma nasib baik bentuknya masih stay. Kalau la BC tu meleleh, tak jadi cheq sue nak bawak untuk pengantin.
 
  
Untuk menghasilkan BC ni, memang mencabar jugak sebba cheq sue belum pernah buat lagi. Resepinya diambil dari buku Panduan Asas Menghias Kek (Zati D'Hati). Dok CH ni memang kena maklumlah, walaupun krimwell dan shortening diletakkan dalam suhu bilik, keadaannya masih agak beku (keras) gitu. Memang payah sikit nak smoothkan masa whip. Daripada guna Kenwood stand, terpaksa pindahkan, guna hand whisk baru dapat putar dengan baik. Kalau dok kampung rasanya tak ada masalah.
 
Untuk deconya pula, memang langsung tak ada idea. Tak sempat nak Google, main letak je apa yang terlintas di kepala. Untuk bunganya tu cheq sue gunakan BC yang sama, agak cair sebab dah dimasukkan pewarna. Tangan pun asyik goyang sebab dah lama tak pegang tools untuk buat bunga tu. Agak kurang sempurna pada mata sendiri.
 
 
Kek yang sudah siap dimekapkan. Letak dalam kotak plastik aje. Dengan saiz kek yang agak besar (loyang 10') berat dalam 3 kg, sesak napas jugak nak membawanya. Di sini cheq sue kongsikan resepi kedua jenis buttercream yang digunakan. Dalam kedua-dua resepi tu cheq sue masukkan sedikit susu segar untuk melembutkannya sebab adunan macam beku sikit. Kalau cuaca panas rasanya tak perlu kot. Dan untuk resepi ni juga dicadangkan agar menggunakan handwisk, lebih senang pada pendapat cheq sue. Pada kawan2 yang nak cuba, sila2 lah... Wassalam
 
BUTTERCREAM (RESEPI 1)
Resepi : Buku Panduan Asas Menghias Kek - Zati D'Hati
 
Bahan-bahan :
500g krimwell
200g lelemak sayuran / shortening
160g gula aising - ayak 2 kali
2 sb susu pekat (boleh diabaikan)
1 st vanilla
1/2 st minyak mentega / butter oil
 
Cara-cara :
Putar krimwell dan shortening hingga gebu. Masukkan susu pekat dan putar
Masukkan vanilla dan butter oil
Kemudian masukkan gula aising dan putar lagi sehingga adunan benar-benar sebati dan tidak berketul-ketul

CHEESE BUTTERCREAM
Resepi : Buku Panduan Asas Menghias Kek - Zati D'Hati
 
Bahan-bahan :
250 cream cheese (suhu bilik)
125g mentega
120g gula aising
1/2 sk perisa lemon
 
Cara-cara :
Putar cream cheese sehingga lembut dan tidak berketul
Masukkan mentega dan putar lagi
Masukkan gula aising dan perisa lemon. Putar hingga sebati.

Stylish Thankyou

2 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]