PAGES

Wednesday, March 20, 2013

Chocolate Banana Mousse Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Salah satu kek di dalam list untuk dicuba. Kebetulan ada pisang kapas, maka terjadilah kek idalam ni. Sebenarnya bukan rasa nak makan pun, tapi rasa nak cuba buat, gian agaknya dah lama tak membaking dan mendeco. Baru2 ni pulak Kak Ita ada menayangkan banana mousse choc cake, jadi terus membangkitkan semangat saya untuk mencubanya.



Untuk kek ini, pada saya penggunaan pisang kapas agak kurang sesuai kerana bau dan rasanya yang agak kuat. Guna jugaklah sebab pisang itu aje yang ada. Lepas tu jumlah mousse yang terhasil jugak agak banyak bagi kek coklat yang digunakan. Kalau tengok dalam slice kat bawah ni memang agak mewah la dengan mousse. Saya apatah lagi, dah ada banyak saya letak je semuanya. Bukan ape, malas nak buat benda lain untuk habiskan balace mousse tu.

Walau bagaimana pun, mousse dengan resepi ni pada saya agak 'kurang' berbanding mousse yang selalu dibuat. Mungkin jugak disebabkan ada rasa gelatin yang kurang hancur di dalamnya. Baru2 ni juga Kak Ita ada berkongsi cara2 nak cairkan gelatin, tapi nak buat camana kek ni dah dibuat lebih awal, kalau tak mesti hasilnya lagi memuaskan. (Alasan???)

Untuk ganachenya pula, saya belum lagi mendapat cara dan hasil yang terbaik di kala membuatnya. Memang agak kecewa, namun belum letih mencuba. InsyaAllah lepas ni akan di cuba lagi. Untuk kek ini juga, memang comot sangat salutan ganchenya. Tak rata pulak tu. Ganache yang terhasil ni jugak ada rasa macam jem coklat gitu. Sedap tapi agak manis pada saya.


Walau apapun, saya berpuas hati kerana dapat mencuba. Sekurang-kurangnya dah tahu di mana kelemahan dan kekurangan. Selepas ni kalau ada masa kita buat semula. Jadi saya copy semula resepinya di sini buat panduan akan datang.


CHOCOLATE BANANA MOUSSE CAKE

Chocolate Sponge cake:
250 gm tepung (sponge mix)
300 gm telur
60 gm air
1 sudu besar coklat emulco
60 gm mentega cair
170 gm gula cator
saya menggunakan resepi kek coklat ini

Chocolate mousse:
250 gm Whip Cream
1 tsp. Vanilla essence
1 sb serbuk Gelatine - campur dgn 4 Tbsp.dan masukkan dalam microwave selama 20 min
50 gm serbuk koko+80 gm gula icing
1 1/2 sb Nescafe+1 1/2 sb air panas

Chocolate Ganache
35 gm serbuk koko
50 gm gula
150 gm whipping cream
80 gm chocolate dicincang
30 gm mentega
3 biji pisang montel-dibelah dua

Cara-cara
Cara buat sponge cake:masukkan kesemua bahan kecuali mentega cair dan pukul dgn kelajuan tinggi sehingga gebu.Akhir sekali masukkan mentega cair,kacau dgn spatula dan bakar selama 25-30 min dlm oven 180c.Keluarkan dan sejukkan
Cara buat mousse: pukui whip cream dan masukkan semua bahan utk mousse.
Cara buat Ganache coating: Masukkan kesemua bahan dlm mangkuk/periuk dan masak cara double boil.Masak sehingga ganache pekat.Sejukkan sebelum dituang keatas cake.
Potong kek kepada 2 bahagian.Sapukan 1/3 dari mousse keatas satu lapisan kek.Letakkan pisang yg dibelah tadi.Kemuadian lapiskan dgn satu lagi lapisan kek.Sapukan baki mousse tadi kesemua bahagian kek dan sejukkan sehingga mousse keras.
Bila mousse dah keras,tuang coklat ganache tadi dan biar dia mengalir secara semulajadi.Hiaskan sesuka hati.

 ********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. 
 ~Wassalam ~

5 comments:

  1. nampak sedap sngt kebetulan akak baru je beli pisang tadi haha tringin nak buat lah

    ReplyDelete
  2. sedapnyeee cantik bunga2 ising coklat tuuu

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Kak Sue atas ucapanmu... ;)

    Sedapnya kek ni.. Dah tak perlu beli sebab sama macam yang dijual di Secret Recipe.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]