PAGES

Tuesday, March 19, 2013

Coklat Oreo Aiskrim

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Siapa yang tidak suka makan coklat? Saya sendiri pun walau bukan 'hantu' coklat, tetapi sesekali teringin tu beli la jugak. Saya tak berapa gemar coklat kosong, tetapi lebih menggemari coklat yang ada kacang di dalamnya. Tak kiralah kacang tanah ke, badam ke, hazelnut ke... memang layannnn.

Jadi, bila berkesempatan membuat coklat sendiri memang puas hati. Tambah2 pula masih ada sepeket oreo, terus sahaja terhasil coklat oreo ni. Saya menggunakan oreo aiskrim, yang rasanya memang ngam dengan rasa coklat itu sendiri.


Cuma yang tak puas hatinya ialah kejadian coklat yang tak berapa nak cantik. Dah la macam melekat sikit dalam mouldnya, pastu ada calar2 pulak di sekeliling. Nampaknya lepas ni kena cuba lagi... Yang bentul love tu saya isikan dengan kacang tanah sangat, sedap jugak. Mula2 nak masukkan hazelnut tapi tak ada dalam stok rupanya. Coklat2 yang terhasil ni saya kongsikan dengan budak2 kat sini. Yang kelakarnya ada sorang tu kata coklat ni pedas, mungkin sebab filling oreo tu yang berangin.


Jadi di sini saya C&P resepi yang dikongsikan oleh Kak Ita buat rujukan masa akan datang. TQ kerana berkongsi dan sampai jumpa lagi.

COKLAT OREO
By : Chef Amer
Rujukan : Buku Terokai Rahsia Coklat
Sumber : Kak Ita

300 gm coklat susu kompaun
1 bungkus biskut oreo
Edible Imej secukupnya.

Coklat susu kompoun di racik halus
Cairan coklat susu kompaun secara double boiler
Bila dah cair angkat, lap dasar bekas supaya tiada air menitis.
Masukkan coklat dalam piping bag

Mula-mula sediakan acuan
Pastikan acuan ini di bersihkan dan pastikan juga ianya kering.
Paipkan coklat yang telah di cairkan dalam acuan 1/3 sahaja
Kemudia ketuk-ketukkan acuan  atau hentak-hentakkan acuan supaya semua gelembung udara keluar
Selepas itu, susunkan biskut oreo.
Tekan-tekan sedikit biskut oreo supaya dia masuk ke dasar  sedikit.
Kemudian paipkan semula baki coklat tadi hingga penuh.
Hentak-hentak lagi acuan untuk meratakan permukaan dan mengeluarkan gelembung udara.
Jika ada yang tak rata nanti ratakan ya.. tekan-tekan sikit.
Simpan dalam peti ais hingga mengeras.
Setelah keras keluarkan dari acuan.
Jika ada lebihan coklat, potong dengan pisau yang halus dan tajam matanya


Sediakan Edible Imej yang kita suka.
Sapukan sedikit coklat di belakangnya.
Kemudian lekatkan pada permukaan coklat kita tadi
Kemaskan.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. 
 ~ Wassalam ~

6 comments:

  1. uwaaaa.. nak gak coklat oreo camni... nak wat gak lah... :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...sedappppnya coklat tapi sampai sekarang saya masih belum berani buat sendiri

    ReplyDelete
  3. bahan2 yang simple ja..rasa nak try buat gak la..

    ReplyDelete
  4. salam cheqsu wah dah rajin buat cekelat ni akak je belum ter try lagi angan2 ja banyak nak buat tapiiiiiiiiiiii hahaha masih ada sikit mmmmm

    ReplyDelete
  5. Cheqsu...nak coklat ilebiu 3 ketoi...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]