PAGES

Sunday, April 28, 2013

Air Soya Sempoi

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hujung minggu tiba lagi. Nampaknya hari ni je dapat bersuka-suka, esok dah nak kerja. Begitulah kalau bekerja pada hari Sabtu, memang sekejap sangat dapat rehat. Bukan nak rehat apa pun, nak lipat kain, membasuh, kemas2 rumah sikit, kemas bilik, sapu2 sawang dan bermacam lagi lah. Bukan dapat nak tidur bangun pukul 10 atau dok bersenang lenang menengok tv. Jangan pulak kata orang bujang tak ada kerja nak buat weh. Fakta itu salah sama sekali. Bukan apa membebel ni, geram betul dengan 'orang' yang selalu je cakap orang bujang tak apa, tak ada anak, tak ada kerja nak buat. Itu statement nonesense okeh.

Jadi, sebelum saya terover moh le kita nengok  hasil kerja minggu lepas. Tetiba je rasa nak minum air soya. Maka berdentum dentamlah saya di dapur, rendam kacang soya dalam 2 jam, terus je blend. Cari dekat label minuman / jus tu rupa2nya tak ada lagi n3 pasal air soya ni. Hmmmmm. Selalu buat air soya main agak2 aje tapi saya sengaja sukat pulak kali ni, tengok hasilnya macam mana. Cuma kali ni saya namakan air soya sempoi sebab saya tak masukkan daun pandan, tak ada kat rumah. ^^


Cari2 penyukat biasa tu tak tahu pulak letak di mana, jadi saya gunakan apa yang ada...ramekin pun jadi ko! Saya selalunya menggunakan nisbah 1:10 atau 1:8 kalau buat air soya. Tapi tang gula tu rupanya agak manis dengan sukatan yang saya buat. Mungkin lain kali boleh guna hanya 1/2 atau 3/4. Kalau kata nak minum bersama ais masih ok la kot. Yang ni sebab saya minum sejuk gitu je agak terasa la manisnya tu.

Buat yang ingin mencuba saya sediakan resepi di bawah ni ya...

AIR SOYA
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan : 
1 ramekin kacang soya - rendam dalam air 1-2 jam atau lebih
10 ramekin air
1 ramekin gula pasir (update : 3/4 ramekin dah cukup)
1 sk garam

Cara membuatnya :
Blend kacamg soya dengan air sehingga halus (saya blend sikit2 sebanyak 3 kali)
Kemudian tapis kalau boleh gunakan kain yang sesuai
Masak hingga mendidih, campur gula dan garam. Masa ni kena hati2, gunakan api perlahan dan kacau sentiasa supaya tidak meruap. Kalau nak masukkan daun pandan boleh jugak.
Didihkan seketika sebelum tutup api.

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

7 comments:

  1. mesti sedap manis berlemak..buat seniri baru power ey :)

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat minum air soya pure tanpa bahan pengawet..

    ReplyDelete
  3. rajinnya buat air soya sendiri ...sedapnya kalau minum suam2

    ReplyDelete
  4. Suka air soyan buatan sendiri... nak pula yang hangat!

    ReplyDelete
  5. Assalam sue, sedapnya air soya buatan sendiri, boleh la nak buat pekat2 atau cair2. Akk pun suka soya yg tak boh ais,minum sejuk2 mcm tu je...nyaman

    ReplyDelete
  6. bestnya..dijamin bersih kn..huhu

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]