PAGES

Sunday, April 28, 2013

Restoran D'Hafiz, Gua Musang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Jom, kita JJCM lagi. Kali ni dengan satu restoran a.k.a kedai makan di Gua Musang. Apa hal ni? Asyik2 tayang kedai makan kat GM aje.... Owh, bukan apa ya kawan2...itulah bandar yang selalu menjadi persinggahan saya ketika balik atau datang dari kampung. IsyaAllah lain kali saya kongsikan pula kedai makan dari tempat yang berbeza.

Kedai ni letaknya di bangunan baru bersebelahan Petronas Gua Musang, memang mudah nak cari kerana lokasinya yang strategik. Parking toksah risau, memang berlambak. Dekat signboard kedai tu pun dah tertulis kepakaran masakan seperti nasi ayam, gulai ayam kampung dan nasi kerabu kampung. Masa saya singgah tu nasi kerabu dah habis...tak ada rezeki nak rasa..


** Sila abaikan jemari yang comel itu ya... Tengah kelaparan, tinggal nak ngap aje. Nasi putih + acar + kerutup daging. Memang sedap, cukup segala rempah dan dagingnya juga lembut.


Ini saya punya. Jarang-jarang dapat menikmati sajian ayam kampung. Ini pun sedap, gulai selera Kelantan. Acarnya juga sedap. Saya penggemar acar tau! Jadi tak boleh tipu!


Antara yang ada. Nasi ulam dengan sambal dan budu. Tapi ulamnya tak berapa banyak pilihan sangat. Yang saya nampak ada pucuk ketereh (pucuk gajus) dan pegaga. Satu lagi tu saya tak nampak.


Ini antara kelemahannya. Papan menu bukan main kecil, pastu gantung pulak di bahagian hujung. Dari tempat saya duduk tu langsung tak boleh baca apa yang ditulis kecuali 'HAFIZ RESTORAN' tu aje. Kebersihan secara puratanya ok...agak memuaskan.


Antara lauk pauk yang ada. Tak berapa banyak pilihan. Ada sesetengah bekas dah hampir habis. Saya tak tahu la diorang memang masak sikit ataupun memang dah habis. Ada ayam goreng, ayam masak merah, ikan patih, gulai ayam kampung, kerutup daging dan beberapa lagi yang tak sempat saya nak ingat ^^

Apa yang dimakan pada hari itu adalah :
 1 pinggan nasi putih + acar + gulai ayam kampung
2 pinggan nasi putih + acar + kerutup daging
1 teh 0 ais
1 teh panas
1 air suam
2 ketul kerutup daging + 1 ketul ayam kampung gulai 
Jumlah : RM 22

Jangan lupa singgah tau!

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]