PAGES

Saturday, April 20, 2013

Meriahnya Perang Bendera Pra Pilihanraya

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Apa cerita dengan penamaan calon hari ini? Saya tak berkesempatan lagi nak menonton tv, tak tahu apa yang berlaku. Ada beberapa kerja yang perlu disiapkan. Tapi sebelum tu saja nak kongsikan kemeriahan perang bendera bersempena dengan Pilihanraya Umum ke 13 pada 5 Mei nanti. Tapi suka diingatkan saya hanya berkongsi apa yang saya snap, bukan hendak berkempen atau pro parti tertentu.

Gambar2 ini saya snap semasa dalam perjalanan balik kampung. Jadi mana2 bendera yang diletakkan khusus di sebelah kiri adalah menjadi mangsa lensa saya. Kalau ada bendera PAS @ BN @ PKR, bendera itulah yang akan saya snap. Jom sama-sama tengok.

Inilah senario di kampung saya. Kalau ada yang lalu di jalan ni (Jalan Lama Machang-Pasir Puteh), boleh la singgah. Rumah yang paling dekat dengan signboard tu rumah makcik saya. Seingat saya, signboard tu dah lama ada, sejak saya sekolah lagi. Mulanya dah kusam, tapi awal Mac dulu di renew oleh seorang hamba Allah dari Pasir Puteh.


Di Gua Musang. Memang meriah sangat. Kiri kanan jalan tu penuh dengan bendera. Warna-warni. Kubu kuat BN...  Sepanjang jalan tu juga saya melihat ada banyak belon besar yang tergantung, cuma saya tak nampak pulak ada belon BN, agaknya dekat mana diorang gantung eh?


Ini di Manik Urai dan Peria. Masa saya lalu tu diorang tengah buat persiapan untuk kenduri hari ni la gamaknya. Hijau sana sini...


Ini pulak dekat Kuala Krai, di persimpangan lampu isyarat Guchil dan kawasan sekitar. Member driver saya kata, balik kali ni bawak wartawan. Maklumlah snap dari dalam kereta...


Ini pulak antara Kampung Pek ke Machang. Masing2 nak menunjukkan sokongan kepada parti yang dipilih. Ada banyak jugak bentuk2 menarik yang dibuat tapi tak sempat nak snap. Kereta laju, bila ambil je semua jadi blur.

Jadi, buat semua yang akan memangkah 5 Mei ini, buatlah pilihan yang terbaik.
********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

2 comments:

  1. Assalam cheq sue..seronok eh dpt balik kampung..akak akan mengundi di nismilan..kat sini meriah dgn bendera cap dacing jek!..kalau ade bendera cap lain yg di pacak..In sha Allah 2-3 hari hari lagik pasti ilang di cabut...begitu jugak poster2 ceramah pembangkang.,..memang tak bertahan lama...misteri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti x meriah macam kat kelantan kan kak nik ja... sini masuk jah gua muse tu sampai la ke rumah kg meme penuh la...

      Delete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]