PAGES

Friday, April 19, 2013

Tuna Cheese Roll

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya sebenarnya jarang2 sangat beli tuna dalam tin. Jangankan kata tuna, sardin pun saya tak berapa suka. Tapi disebabkan mata saya ni dah terbayang-bayang nak makan pizza tuna, saya pun beli la 2 tin tuna (dalam air) brand TESCO, tapi yang jadinya  roll bun ni pulak. Bukan apa, nak menunggu ke pizza tu, kena la lengkapkan kawan2nya dulu, macam capsicum dan sos. Tak mengapalah, sebab tuna cheese roll ni pun antara yang ingin saya buat dan nak makan jugak. Resepinya sudah tentulah yang saya skodeng dari Sedenak nun... Dah kemain lama bertempek di peti sejuk baru minggu lepas dapat cuba.
 

Bun ni kalau ditengok aje pun dah tahu  lembut dan gebunya doh tu. Memang saya tak tipu, lembut, gebu dan ringan aje walaupun di makan keesokannya. Tang gambar tu minta maaflah, saya snap selepas roti masak di waktu malam. Masih tak pandai nak sesuaikan lense dengan lighting.

Dalam satu adunan tu, saya dapat 6 biji macam gambar (sebab diletak dalam loyang muffin) dan 8 biji dalam papercup hokkaido chiffon cake. Kira2 memang puas hatilah. Makan masa baru2 masak tu memang sekejap je habis dua biji. Alkisahnya masa tengah adun roti ni dalam BM, saya buat la keje sikit. Memang dah lupa langsung la doh dalam tu. Kemudian tak ada elektrik. Pastu bila ada letrik, terdengarlah bunyi BM macam TiiiiiiiiiT gitu, barulah teringat ada doh yang menunggu nak dirotikan. Agaknya kalau tak berbunyi, kembang semangkuk la doh dalam BM tu..


Walau bagaimanapun yang saya buat ni tak berapa cantik hasilnya. Dah jadi tembam macam tuan yang membuatnya jugak. Sepatutnya guna cup yang besar sikit. Tapi kita yang buat dia, mana-mana yang boleh sajalah. Jadi TQ pada che mat yang berkongsi resepi ni. Memang terbaek lah! Saya copy saja untuk rujukan lain kali...

TUNA CHEESE ROLL
Resepi : Che Mat @ DTS

BAHAN DOH :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday") saya guna NESVITA OMEGA
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang (atau daun kuchai), hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)

1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan
Parutan keju cheddar secukupnya saya guna slice cheese jer

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. 

KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
** Pada saya doh yang terhasil tu agak manis, mungkin lain kali kena kurangkan sikit gula

UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :-  
Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan dan tabur juga parutan keju (tinggalkan sedikit untuk ditabur nanti). Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
Oleh sebab saya menggunakan slice cheese, saya cuma carikkan dan tabur ke atas doh sebelum digulung

Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang (mat guna daun kuchai), parutan keju cheddar dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190'C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya..

Note : Dari KL, kerja sekerat hari, balik kampung pulakkkk.........

********** (^__^) **********
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

4 comments:

  1. memang nampak gebu... nampak sedap pun iyer gak.. nak amik resepi ni.. nak cuba wat nanti.. saya blom lepas2 wat bun.. asyik tak naik je.. jadi roti prancis,, keras kat luar..

    ReplyDelete
  2. gebunya...
    sukaaa roti gebu2 gini...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]