PAGES

Wednesday, April 3, 2013

Puding Cendol

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Memulakan tarikh ke 3 dalam bulan baru tahun ini juga adalah puding cendol yang simple tapi sedap. Masih juga n3 basi, yang menunggu di dalam draf sejak bulan lepas. Maklumlah sibuk ke sana sini. Untuk resepi puding ni, saya terjumpa di blog Kak Ummi, yang mana ianya dikongsikan oleh Kak Hanieliza. Bukan apa, ada banyak sebenarnya resepi puding cendol, tapi saya cari yang pali senang dan tidak menggunakan santan. Dan alhamdulillah resepi ini kena dengan apa yang saya inginkan. Cuma untuk lapisan cendol tu tak berapa nampak sebab sikit benar cendolnya, lebihan dari nagasari cendol je sebenarnya.


Dalam satu adunan yang dibuat tu dapat banyak jugak. Puas la makan, boleh bagi member dan bawa ke sekolah pula. Daripada acuan tu jugak ada yang terpisah adunan cendol dan gula merahnya, memang nak kena tuang betul2, jangan tunggu lapisan gula merah tu sejuk sangat baru nak masukkan adunan cendol. Kalau tak memang confirm jadi puding cendol yang terpisah. Hiiii...

Saya memang suka puding cendol ni, tak berapa manis dan tak tawar sangat, kira ngam2 je. InsyaAllah kalau ada kesempatan nak cuba buat lagi selepas ni.


Buat kawan2 yang nak mencuba, saya copykan resepinya di sini pula. Mintak halal ya...

PUDING CENDOL CHEF HANIELIZA
Sumber : Kak Ummi

Bahan-bahan:-
1/2 paket agar2 [20 gm]
3 gelas air (akak letak 3 1/2 mug)
1 cawan gula
1 cawan susu cair (*akak guna Ideal Nestle)
2 cawan cendul
1 cawan gula merah

Cara-Cara:-
Rebuskan agar dengan air sehingga mendidih.
Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi. Tapiskan.
Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah. Kacau rata dn biarkan mendidih dan tapis.
Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan ekras sangat nanti adunan tidak melekat.
2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.
Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan.
Hidangkan.


********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. 
~ Wassalam ~

2 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]