PAGES

Thursday, April 4, 2013

Bingka Telur

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Apa khabar semua? Nampaknya semenjak buka sekolah ni, masa untuk mengadap blog dah agak terbatas. Dah mula rasa sibuknya di sana-sini. Sekarang kalau boleh memang taknak online dekat sekolah. Jadi kebanyakan n3saya buat secara autopublish. Kalau petang tak ada program boleh la saya berBW dan membalas komen kawan2 yang datang. Tapi sekarang ni petang pun ada program, tinggal malam sajalah. Itupun kalau larat dan ada mood. Kadang2 prepare untuk n3 seterusnya, dan terus je shutdown. Buat semua yang tak jemu berkunjung ke sini terima kasih la saya ucapkan...

N3 seterusnya ni antara yang saya buat selepas cuti haritu. Balik dari kampung, dok fikir2 apa nak buat dengan baki santan dan susu cair yang disimpan dalam freezer sebelum bercuti. Belek punya belek, terjumpa resepi yang saya belum cuba iaitu bingka telur ni. Dah selalu jugak nampak cuma buat aje belum.


Saya hanya buat setengah daripada bahan-bahan yang dinyatakan dan dapatlah dalam satu acuan loaf tu. Ngam dengan santan dan susu cair yang tinggal. Rasanya, tak la lemak sangat sebab tak menggunakan santan sepenuhnya. Manis pun saya dah kurangkan sedikit. Bingka ni memang lembut, bila gigit tu macam tak terasa apa-apa. Walaupun namanya bingka telur, tak adalah bau telur sangat. Di bahagian atasnya tu saya taburkan dengan breadcrumbs. Kira satu kelainan jugaklah. Kalau selalu guna bijan atau kekacang, kali ni guna serbuk roti pula.
 

Buat yang berkongsi resepi terima kasih banyak-banyak. Saya copy kat sini pulak sebagai rujukan masa depan. 
 
BINGKA TELUR
Bahan-bahan ( 15 org=2 loyang )
6 biji telur
2 cwn air daun pandan( atau 2 cwn air + colour kuning)
2 tin santan (400ml x2) atau santan pekat
3 cwn tepung gandum
2 cwn gula
1 tsp garam
4 tbs butter-cairkan

Cara-cara
Blend semua bahan, hingga tepung tak berketul2.
Tarukkan 1 tbs minyak dalam loyang..lenserkan. Masukkan dalam oven.
Bila loyang sudah panas, masukkan bancuhan kuih setinggi 3". Sedap nipis2.
Masak sehingga perang.


********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. 
 ~ Wassalam ~

5 comments:

  1. lembutnya tengok bingka tu..yummm yummm

    ReplyDelete
  2. senang je kan.. kasi blend je lepas tu leh bakor.. siap!
    leh cuba jika ada kelapangan dan cukup bahan.. thanks share..

    ReplyDelete
  3. mmg nmpk sedap n lembut je kan...kompem masuk mulut terus telan, takyah ssh2 nk gigit kan cheq sue...hihihi

    ReplyDelete
  4. cantik dan sedap saya amat suka segala jenis bingka :o)

    ReplyDelete
  5. sedapnya tgk kuih2 kat blog cheq sue ..:)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]