PAGES

Friday, April 5, 2013

Gift -_-

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Entry ringkas malam ini. Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih buat yang memberi. Saya suka sangat-sangat. Buah tangan pemberian Cheq Da dan Kak Nor, dengan senang hati saya menerimanya.

Gelas berkaki saiz besar tu katanya Cheq Da beli di Temerloh, mmmmmm lepas ni boleh la memosing sakan. Kalau buat jus letak dalam ni mau sakit perut nak habiskan. Memang besar saiznya. Dok fikir2 nak buat apa la ya... Apapun, TQ.


Yang lain2 tu pula diberikan oleh Kak Nor yang berkunjung ke Sarawak pada cuti sekolah yang lalu. Dah pesan siap2 saya hendak FM, tapi tengoklah macam2 yang diberinya. Lebih istimewa lagi bunga biru tu (keronsang) di datangkan khas dari Pontianak. Kiranya dari Sarawak beliau juga turut ke Pontianak. Terima kasih... Semuga korang semua murah rezeki dan hanya Tuhan yang mampu membalasnya.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. 
 ~ Wassalam ~

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]