PAGES

Saturday, May 25, 2013

Cuti Blog Sat. Fly To......

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Musim cuti datang lagi. Sukacita dimaklumkan bahawa blog ni akan bercuti seketika bermula 25-29 Mei kerana tuan tanah kedaung nak berjalan-jalan sambil naik belon. Percutian yang tak dijangka. On dan off. Bila member kata ada tiket murah ke Banda Acheh, kita on aje. Dia sebenarnya dah selalu ke sana, malah ada saudara mara (sebelah ayah) di sana.


25 Mei (hari ini) saya akan ke KL dulu dan flight pada 26 Mei. Doakanlah segalanya selamat. Selamat pergi dan selamat pulang. Maaf jika tak ada n3...ralat jugak nak autopublish jika tuan tanah tak ada. ^^


Apa yang ada? InsyaAllah saya akan kongsikan pengalaman berada di sana dengan kawan2 semua.  Sampai jumpa lagi.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Friday, May 24, 2013

Bori Cha (Korean Barley Tea)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya memang menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki ke Korea.  Tak tahulah, bila cerita pasal Korea ni perasaan macam di bawa ke awan biru je. Rasa macam terbuai-buai je bak kapas berterbangan di udara. Haish... dapat peluang nak ke sana tahun depan, tapi atas beberapa perkara saya tak dapat pergi. Ralat memang ralat tapi tak mengapalah. Tengok je KBS 391, sekejap je dah sampai ke sana. ^^


Jadi dalam kesempatan yang ada baru2 ni, saya cuba buat bori cha, iaitu sejenis teh Korea yang berasaskan barli. Nama pun teh Korea, langsung tak dibubuhnya gula. Kalau diperhatikan, masakan Korea ni tak menggunakan rempah yang banyak macam masakan kita. Mereka mengamalkan gaya pemakanan sihat dan makan secara seimbang tak macam saya yang makan apa sahaja. Hooooo ho ho.


Setelah dapat meneguknya barang seteguk dua, saya andaikan teh ni macam kulit roti hangit. Memang ada aroma hangit kerana barli yang disangat terlebih dahulu. Sejujurnya saya suka, kena dengan selera saya. Sedap diminum sejuk atau suam. Kalau ada yang nak mencuba tu sudi-sudikanlah...Opsstt, selamat bercuti buat semua cikgu cikgi dan bebudak sekolah ^^

KOREAN BARLEY TEA (Bori Cha) 
Resepi : Korean Food

Ingredients:
2 Tbsp roasted barley*
8 cups water

Preparation:
In a small pot, bring barley and water to a boil.
Reduce to simmer, cover, and cook for 20 minutes.
Serve immediately or store in the refrigerator and serve cold.
Saya renihkan sehingga separuh dan tambah 2 sb gula pasir.
 
*If you cannot find the roasted barley, you can make your own by toasting barley in a saute pan over medium heat for 5-10 minutes, or until the grains turn a dark brown color.


********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Thursday, May 23, 2013

Sandwich Krakers Tuna Goreng

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sesi menghabiskan sekut kering dengan inti tuna, belen buat tuna sandwich roll. Dah lama nak cuba sekut goreng macam ni tapi dok kiv memanjang, baru minggu lepas dapat cuba.  Bila sekut dah mula nak lemau, bila tuna dah tak boleh nak simpan, kena la jugak gagahkan diri untuk buat sebagai kudap-kudapan.


Agaknya adunan yang saya buat tu tercair kot, tak banyak tepung yang melekat pada biskut. Tapi apapun sedap jugak dok ngap-ngap sambil tengok tv. Cicip pulak dengan sos cili untuk kurangkan rasa muak  berminyak. Saya buat berbuka puasa, kenyang sampai ke pagi.



Buat yang nak mencuba saya copy semula resepi kat bawah. Kalau nak buat ejasmen terpulang la pada citarasa masing-masing. Tq pada Acha yang berkongsi resepi ni..

SANDWICH KRAKERS TUNA GORENG
Resepi :  acha@myresipi.com

Bahan-bahan ( 5-6 0rang )
1 bungkus biskut cream cracker (tiger) saya guna biskut cap ping pong
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 tin sardin (dihancurkan isi sardin nya)
2 sudu sos cili
1 sudu tepung kari
sedikit garam,perasa dan gula

Bahan lain:
tepung gandum, tepung beras, sedikit garam, pewarna kuning@serbuk kunyit
minyak utk menumis dan menggoreng

Cara-cara
Tumis bwg besar dlm sedikit minyak,masuk tepung kari dan sos cili
Kemudian masuk sardin yg dh dihancurkan tadi. Selepas itu masuk garam/perasa dan gula.
Setelah itu sapukan sardin ke ats cream cracker dan lapis dgn 1 keping cream crackers.
buat smpi habis.
Dlm bekas lain tepung gandum,tepung beras disatukan dgn air seperti adunan tepung pisang goreng. Campur sedikit pewarna kuning atau boleh ganti dgn sebuk kunyit.
Celupkan cream creakers tadi kedlm adunan tepung dan goreng kedlm minyak yg sederhana byk/panas sampai kekuningan dan ranggup.
Angkat toskan dan potong 2 seperti sandwich.sedap n simple...

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Wednesday, May 22, 2013

Butter Roll

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Entry roti pulak lah... Antara resepi yang paling lama terperap dalam simpanan. Asyik nak cuba tapi tak cuba-cuba juga. Punya la banyak virus M dalam badan saya neh... Minggu lepas kot saya buat roti ni. Tak guna BM, saya hanya adun 15 minit (uli manual 15 minit) guna mixer KENWOOD dengan mata cangkuk je. Bukan apa, adunanannya tak banyak, kang malas pulak nak kemas2 BM tu. Cuma masa nak penaikkan tu saya guna manual la. Tutup adunan dengan tuala dan letak tempat panas sikit. Ambil masa jugak sebab saya buat petang dan tak berapa nak panas.
 

Bentuk jangan cakap la. Hilang semua rollnya. Masa tengah penaikkan canteeekkkkkk je, sekali bila dah masak hambik kau semua gebu geban siott...


Plan nak tabur bijan kat atas tu tapi tak ada pulak dalam simpanan. Jadi saya tabur sikit dengan nestum. Dalam satu adunan tu saya dapat 8 biji roll yang semuanya sihat-sihat dan gebu-gebu belaka. ^^


Daripada 8 biji, 6 saya buatkan ala sandwich (tuna) dan selebihnya saya simpan. Dua hari dalam peti sejuk, bila nak makan saya hangatkan dalam oven panas, Alhamdulillah lembut semula. Untuk resepi inti tuna tu terpulanglah pada citarasa. Saya hanya campurkan tuna dengan bawang besar cincang, lada hitam, sos cili dan mayonis je. So simple...


Memang puas hati dengan resepi ni. Dalam dok was-was takut tak jadi, nasib baik la menepati piawaian pembuatan roti. Kalau korang teringin tu boleh la cuba sendiri ya... TQ pada Kak Yani yang sudi kongsi resepi ni.

BUTTER ROLL

Bahan-bahan ( 12 biji )
120ml susu segar
50g telur
300g tepung roti
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
60g butter
1 sudu kecil dry yeast
*******************
telur untuk sapu saya buat milk wash

Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan ikut turutan dari atas ke bawah ke dalam breadmaker.. ON kan dan tunggu siap.
Keluarkan dari breadmaker. Bahagikan kepada 12 bahagian dan buatkan bentuk bulat. Rehatkan 10 minit.
Kemudian buatlah biar jadi bentuk kon
Canaikan biar jadi panjang lebih kurang 30-35cm. Kemudian gulungkan.
Biarkan naik 2 kali ganda. Sebelum dibakar sapukan dengan telur
Bakar selama 10-12 minit pada suhu 180C. Jika roti belum perang, biarkan roti dalam oven selama lebih kurang 5 minit sebelum dibawa keluar.


********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Tuesday, May 21, 2013

Resepi Ikan Kekek Kukus Buah Prun

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada jam ini, pastinya semua dari kita sudah selamat menjamu hidangan makan tengah hari. Apa menunya? Mesti sedap dan seronok makan bersama keluarga atau rakan sekerja. Makan di mana pun tak kisahlah, janji kenyang dan halal. Tak gitu?

Jadi, bertepatan dengan waktunya ni, saya nak kongsikanlah satu resepi yang dah lama saya buat. Biasalah sekarang ni tak ada menu fresh from kitchen, hari2 sibuk bizi memanjang... Pada yang selalu datang berkunjung dan meninggalkan komen tu, terima kasih banyak2. Maafkan saya jika tidak dapat membalas komen anda tu, hanya mampu BW je sekilas lalu.

Ikan kukus ni saya buat ikut suka je. Ada soy honey glaze - masuk. Ada prun - campak. Masa ke pasar malam, saya beli ikan kekek setengah kilo, dapat dalam 6 ekor. Tengok saiznya tu tak besar sangat, dalam separuh tapak tangan je. Dua dah dibuat goreng garam kunyit selebihnya empat ekor dok bertapa dalam peti. Nak buat camana, lepas mengundi tu memang malas betul nak masak nasi, setakat makan sorang saya support je lah kedai makan yang ada dekat sini. Yang saya buat ni pun saya bawa makan di rumah kawan...


Alhamdulillah, kejadiannya tidak lah mengecewakan. Walaupun hasilnya agak manis sebab masa buat tu saya puasa (mungkin jugak sebab soy honey glaze tu). Next time kena lebihkan sikit garam atau serbuk cukup rasa. Kalau kata tak ada ikan kekek, boleh juga gunakan ikan laut yang lain. Buat yang nak mencuba saya letakkan resepi di bawah ni. ^^


IKAN KEKEK KUKUS BUAH PRUN
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
5 ekor ikan kekek (saiz kecil) - kelar badannya
1 biji bawang besar (saiz kecil)
1 biji bawang putih
2 biji cili hijau - potong bulat nak pedas letak lebih
Sedikit halia, lobak merah
4 biji prun kering (tak ada biji) - hiris kasar

Cara membuatnya :
Ratakan 1 1/2 sb soy honey glaze di dalam bekas kukusan
Tabur hirisan halia, bawang besar, bawang putih dan cili hijau
Kemudian susunkan ikan
Di atasnya tuangkan lebihan soy honey glaze, hirisan halia, bawang besar, bawang putih dan cili hijau 
Kemudian tabur prun cincang dan parutan lobak merah
Akhir sekali taburkan sedikit serbuk Cukup Rasa
Kukus hingga masak
********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~